Asia Leaders in Cinematics Incubation (ALCI) tampil dengan visi baharu dalam usaha memperkukuh ekosistem ekonomi kreatif negara menerusi gabungan industri perfileman, teknologi digital, keusahawanan kreatif dan pembangunan bandar kreatif di bawah satu platform.

Artikel Berkaitan: Saal Haerid Dinobat Pempengaruh Media Sosial Terbaik Asia 2024, Dapat Wang Tunai AS$10,000 & Percutian Ke Dubai

Artikel Berkaitan: Jazmine Lancar Lagu ‘In The Zone’, Influenstar Asia Dot Com Buka Peluang Pekerjaan Kepada ‘Influencer’

Aaron Lim – ‘ALCI bina ekosistem kreatif’

Mengangkat tema From Movie to Wallet to City, inisiatif tersebut dilihat sebagai strategi jangka panjang yang meletakkan industri kreatif sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi, sekali gus memberi manfaat kepada penggiat seni, pelabur, usahawan, komuniti dan sektor pelancongan.

Menurut Pengasas ALCI, Aaron Lim, pihaknya bukan sekadar mahu menghasilkan filem, sebaliknya membina sebuah ekosistem kreatif yang mampu memberi impak ekonomi secara mampan.

Kisah membentuk budaya, budaya mencipta peluang dan peluang menjana pertumbuhan ekonomi.

ALCI bukan sekadar menghasilkan filem, tetapi membina sebuah ekosistem kreatif yang mampu memberi nilai mampan kepada industri, masyarakat dan generasi akan datang.

Jelas Aaron, bagi merealisasikan matlamat tersebut, ALCI turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa rakan strategik dari dalam dan luar negara bagi memperkukuh pembangunan industri kreatif di Malaysia.

Antara kolaborasi yang diumumkan termasuk bersama Horizon Film Entertainment Sdn Bhd bagi penerbitan filem dari Taiwan, Indonesia dan Thailand, Synergy Media (Appiness Chopstick, Hong Kong), filem Hear the Light bersama Singapura, Asia Showbiz Talent Malaysia dan Hong Kong, ABCS, Six in the City, program HRDC Performing for Cameras serta penerbitan filem tempatan berjudul Moyang.

Perkenal dokumentari, dompet digital & hab ekonomi kreatif

Pada majlis sama, ALCI turut memperkenalkan beberapa inisiatif strategik yang bakal dilaksanakan, antaranya Film in Malaysia, sebuah siri dokumentari 13 episod yang mempromosikan setiap negeri sebagai destinasi penggambaran bertaraf antarabangsa di samping mengetengahkan budaya, pelancongan, peluang pelaburan dan potensi ekonomi tempatan.

Selain itu, ALCI turut mengumumkan pembangunan ALCI Digital Wallet, iaitu ekosistem dompet digital yang menghubungkan pengguna, peniaga dan industri kreatif menerusi ganjaran, pulangan tunai serta pengalaman hiburan.

Dalam usaha memperluaskan jaringan industri, ALCI juga akan memperkukuh penerbitan bersama melibatkan syarikat tempatan dan antarabangsa bagi menghasilkan filem cereka, dokumentari, siri televisyen serta kandungan digital.

Usaha tersebut dijangka membuka lebih banyak peluang pelaburan, pemindahan teknologi, pertukaran bakat serta menarik lebih banyak produksi antarabangsa menjalankan penggambaran di Malaysia.

Pada masa sama, ALCI turut memperkenalkan visi Creative Economic City, iaitu pelan induk jangka panjang untuk membangunkan hab ekonomi kreatif bertaraf dunia yang menggabungkan studio filem, pendidikan, teknologi, pelancongan, inovasi dan pembangunan industri kreatif.

Majlis pelancaran itu turut menyaksikan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Strategik, Penerbit Bersekutu serta beberapa rakan kerjasama strategik bagi memperkukuh perkembangan ALCI di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Mengulas lanjut, Aaron berkata ALCI mengalu-alukan kerjasama daripada agensi kerajaan, pelabur, syarikat korporat, penerbit filem, penggiat industri kreatif, institusi pendidikan serta rakan strategik antarabangsa bagi merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi kreatif dan destinasi penerbitan kandungan bertaraf dunia.