berita

Bukan Sekadar Telco, Maxis Tawar Khidmat Terbaik Untuk Rakyat Malaysia Sentiasa Berhubung Dengan Rangkaian Menyeluruh!

February 11th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

© Vasin Leenanuruksa | 123rf

Sejak memulakan operasi pada 1993, Maxis sentiasa setia bersama rakyat Malaysia sebagai syarikat telekomunikasi terkemuka dalam menyediakan rangkaian mudah alih terbaik.

Sebagai sebuah jenama yang komited untuk memastikan semua rakyat Malaysia kekal berhubung, Maxis bukan saja menyediakan pelan mudah alih berkelajuan tinggi 4G, malah kini giat berkembang menjadi lebih daripada sebuah syarikat telekomunikasi dengan membantu individu, perniagaan dan juga isi rumah.

Oleh itu, baru-baru ini Maxis telah melancarkan kempen Rangkaian Kita, Rangkaian Malaysia yang bertujuan untuk memperkasakan setiap komuniti dengan keperluan yang berbeza untuk sentiasa Terus Berhubung!

Melalui kempen Rangkaian Kita, Rangkaian Malaysia, Maxis ingin membantu rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat mencari penyelesaian rangkaian yang sesuai untuk memenuhi kehendak dan keperluan digital mereka.

Ini antara faedah-faedah yang Maxis tawarkan:

1. Nikmati pengalaman internet yang lancar di mana-mana sahaja

Sebagai peneraju rangkaian internet berkelajuan 4G selama 5 tahun berturut-turut, Maxis sentiasa memastikan penggunanya sentiasa kekal di hadapan!

Tak kira di mana perniagaan korang, sama ada di lautan atau daratan, pelanggan perniagaan korang akan dapat menikmati rangkaian terbaik dengan sambungan LTE luar persisir komersial pertama di Malaysia. Yeay!

2. Sambungan dalaman yang paling boleh dipercayai

Leceh nak work from home bila sambungan Internet asyik terputus atau slow!

Haa..korang dah tak perlu risau tentang sambungan Internet atau Wi-Fi yang tak stabil kerana dengan jalur lebar Maxis always-on yang boleh dipercayai di rumah yang disertakan dengan sandaran selular, korang boleh nikmati sambungan internet pada setiap masa!

Bukan itu je,  Maxis juga menawarkan penghala Wi-Fi dan Wi-Fi 6 mesh yang memastikan penggunanya mendapat liputan optimum dan konsisten. Selain itu, dengan teknologi VoLTE yang disokong oleh VoWiFi, korang juga berpeluang untuk menikmati panggilan suara yang lebih jelas.

3. Rangkaian gred perusahaan yang paling maju di Malaysia

Sama ada korang sedang mengembangkan perniagaan atau ingin menambah pengetahuan, Maxis sedia membantu untuk menjamin kelangsungan perniagaan korang!

Maxis sentiasa komited untuk membantu dengan menawarkan Maxis Programmable Network (MPN), iaitu insfrastruktur rangkaian sedia 5G yang direka untuk membolehkan korang mengawal serta menghubungkan organisasi korang.

Selain itu, Maxis juga adalah penyedia rangkaian Forum Ethernet Metro (MEF) 3.0 yang boleh dipercayai dan diperakui untuk perkhidmatan sambungan berkelajuan tinggi.

4. Sambungan sehenti dan penyelesaian teknologi untuk transformasi perniagaan

Maxis juga membuka peluang untuk mentransformasi perniagaan korang dengan menyediakan rangkaian bertaraf dunia, cloud, VoIP, keselamatan siber, runcit dan pembayaran, IoT dan penyelesaian analitik lanjutan.

Kesemua teknologi ini adalah disokong oleh penasihat IT strategik Maxis bagi memastikan sambungan digital perniagaan korang sentiasa selamat dan terurus.

5. Menyediakan pilihan peranti dan perkhidmatan yang meluas

Kini, korang semua dah tak perlu pening kepala untuk memiliki smartphone idaman korang kerana Maxis sentiasa menawarkan pelbagai pilihan peranti dengan bayaran ansuran berpatutan sehingga 36 bulan serta 0% faedah dengan Maxis Zerolution!

Lagi best, Maxis juga menyediakan rangkaian terluas peranti sedia-5G, insurans peranti dan alat keselamatan internet Kaspersky bagi melindungi peranti korang.

6. Bantuan 24/7 dari pakar terlatih Maxis

Maxis sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada penggunanya, oleh sebab itu, ia menawarkan bantuan perkhidmatan pelanggan melalui pelbagai saluran seperti Maxperts, Pusat Maxis, saluran perkhidmatan pelanggan 24/7, serta chatbot yang dikuasakan oleh AI.

Lebih menarik, korang juga boleh mengakses aplikasi Maxis dan Hotlink yang menawarkan fungsi bil, ganjaran, perkhidmatan dan banyak lagi!

Maxis, menghubungkan rakyat Malaysia dengan menyokong setiap rangkaian!

Melalui kempen Rangkaian Kita, Rangkaian Malaysia, Maxis ingin membantu rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dengan Rangkaian menyeluruh yang sesuai untuk kehendak dan keperluan digital mereka. Maxis percaya, apabila Bersama, kita akan Terus Menerajui!

Untuk maklumat lanjut tentang Rangkaian Kita, Rangkaian Malaysia, layari laman web Maxis. 

SKIP THIS AD ×