Tidak dapat disangkal lagi, naskhah Doa Yang Terlindung kini telah melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mencetuskan fenomena luar biasa dalam landskap drama tempatan.

Fenomena luar biasa

Sejak mula bersiaran, watak Ustaz Irfan terus menjadi bualan hangat sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan penonton. 

Bukan sahaja wataknya yang memancing kemarahan, malah penampilannya turut menjadi sasaran kritikan ramai.

Namun, siapa sangka di sebalik imej menjengkelkan itu, ramai yang mula ‘tersedar’ bahawa pelakonnya, Firdaus Karim, sebenarnya memiliki rupa paras yang kacak dan jauh berbeza berbanding watak skema yang dibawanya.

Kredibiliti Firdaus terbukti apabila setiap episod drama ini berjaya mencatat rekod tontonan melebihi 4 juta, manakala di platform digital pula, ia meraih capaian sebanyak 600 juta.

Sewaktu berbincang dengan produksi, kami sudah bayangkan pelbagai senario yang bakal berlaku. Cuma, saya tidak menyangka penerimaan dan impak penonton akan sebesar ini.

Setelah berbulan-bulan membuatkan emosi penonton tidak menentu, segala persoalan mengenai balasan yang bakal diterima oleh Ustaz Irfan akan terjawab malam ini. 

Adakah pengakhirannya bakal memberikan kepuasan kepada netizen yang selama ini mendambakan ‘keadilan’?

Jangan lupa saksikan episod akhir Doa Yang Terlindung di slot Akasia TV3, jam 7.00 malam ini. Pastikan anda tidak terlepas melihat bagaimana pengakhiran sebuah konflik yang penuh manipulasi ini disingkap!