berita

‘Bukan Sekali Dua, Tapi Dah Banyak Kali’ – Wan Maimunah Sedih Sering Ditipu Produksi

October 16th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Masalah tawaran berlakon melibatkan artis veteran dan produksi drama nampaknya masih tiada kesudahan. Ramai artis veteran sudah mula tampil memberi keterangan dan meluahkan perasaan terkilan.

Terbaru, pelakon veteran ‘air mata’ Wan Maimunah meluahkan rasa kecewa dan mendakwa ditipu pihak produksi drama. Ini respon Wan Maimunah terhadap isu berkenaan.

Janji tinggal janji

Baru-baru ini Wan Maimunah mendakwa masih dipermainkan sebuah produksi dengan kata-kata manis  untuk menawarkan watak drama kepada pelakon veteran ini. Malangnya, udah tiada khabar dari produksi itu. Janji tinggal janji.

Banyak kali ibu kena tipu dan terbaharu pun ada. Dia  hubungi ibu ajak ‘shooting’ tapi  janji tinggal janji. Dia janji nak hantar skrip tapi  sampai hari ini dia tak hantar dan langsung tak cakap apa-apa.

Kalau tak jadi cakap tak jadi jangan beri janji atau harapan palsu kepada artis lama macam ibu ni.

Pelakon ini juga menasihati buat semua produksi tempatan agar tidak sewenangnya menabur janji palsu bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada artis-artis yang lain.

Mungkin sebab itu ibu selalu ditipu

Sepanjang penglibatan Wan Maimunah dalam industri hiburan tempatan, dia telah berjaya merangkul anugerah Artis Komedi Wanita Popular ABPBH (Anugerah Bintang Popular) selama lima tahun berturut-turut. Pengalamannya itu cuma dipandang remeh oleh pihak produksi sehingga menyebabkan dia sudah rasa tawar hati.

Sebenarnya ibu tak pernah cakap pun dah tak nak berlakon. Ibu masih berminat nak berlakon. Tapi kalau ada tawaran, ibu kena fikir sebab kadang-kadang mereka tak bayar. Ibu pernah tak dibayar, bukan sekali dua, tapi dah banyak kali.

Kalau dikumpul semua, ibu rasa sudah cecah ratus ribu ringgit. Ibu jenis suka tunggu habis ‘shooting’ drama baru minta bayaran. Mungkin sebab itu, ibu selalu kena tipu.

Tak pandang kebolehan dan bakat

Pelakon veteran Wan Maimunah juga perasaan kehadiran artis-artis baru dalam industri dan menyebabkan artis lama sudah sukar mendapat tawaran berlakon.

Mereka tak pandang kebolehan dan bakat. Bila semakin tua kita semakin terpinggir, bukan seperti artis di luar negara makin tua mereka makin dibayar dengan harga mahal. Ibu tak tahu nak salahkan siapa sama ada penulis skrip, penerbit atau stesen TV. Ibu dah dua tahun tidak menerima tawaran berlakon.

Ibu tak ada kenderaan sendiri dan selalu bergantung kepada rakan-rakan dalam persatuan artis veteran  untuk ambil ibu sama ada ke kelas agama mahupun aktiviti bersama persatuan.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×