berita

Bukan Setakat Berkongsi Kasih, Wanita Ini Sanggup Tinggal Sebumbung Bersama Madu

April 30th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bagi lelaki yang berpoligami, mereka adalah orang paling bertuah kerana mempunyai dua tulang belakang yang sentiasa ada di sisi. Seperti laporan Harian Metro, Khadijah Beladin kongsi kisah hidupnya yang kini tinggal sebumbung bersama madu, Sufainah Goh Ai Peng. Walaupun status sebagai madu, ianya bukan alasan untuk mereka berkawan baik. So sweet!

Mampu berlaku adil

Menurut Khadijah, suaminya Mohd Zanishuhaizal Izham, menyatakan hasrat untuk berkahwin lain selepas dua tahun mereka mendirikan rumah tangga. Yakin terhadap sikap suaminya yang bertanggungjawab dan adil, dia tidak membantah hasrat suaminya itu.

Sepanjang perkahwinan, hubungan kami tidak berdepan masalah malah ketika menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi, saya tidak sedih sebaliknya akur kerana percaya dengan kemampuannya. Lagipun, saya sudah bertemu dan berkenalan dengan Sufainah sebelum dia berkahwin dengan suami jadi tiada masalah untuk menerimanya sebagai madu serta tinggal serumah.

Malah, hubungan kami tidak hanya sebagai madu malah saya sudah menganggapnya seperti rakan karib dan sekiranya ada masalah, kami akan bincang serta mencari penyelesaian bersama.

Bekas pramugari

Menurut Sufainah, yang merupakan bekas pramugari, hasratnya untuk berkahwin dengan suaminya itu mendapat bantahan keluarga kerana perbezaan agama dan adat. Namun setelah dia melahirkan anak sulung, keluarganya sudah kembali menerimanya.

Dulu, saya tidak menyokong poligami tetapi siapa sangka, takdir Allah SWT menentukan saya menjadi isteri kedua. Segelintir masyarakat mungkin memandang negatif bila bercakap soal poligami namun sepanjang tinggal serumah dengan isteri pertama, semuanya lancar tanpa ada masalah.

Malah, kami saling bertolak ansur dan saya bersyukur kerana Khadijah banyak membantu menguruskan kerja rumah dan menjaga anak ketika saya serta suami bekerja.

Menerima seadanya

Menurut Zanishuhaizal, dia sangat bersyukur kedua-dua isterinya berbaik dan tinggal bersama di satu rumah. Sebagai seorang suami, dia akan bertanggungjawab dan berlaku adil terhadap kedua-dua isterinya.

Dulu, saya seorang yang keras kepala dan sentiasa merasakan diri sendiri betul namun kehidupan saya berubah 360 darjah selepas berumahtangga. Boleh dikatakan, hidup saya lebih sempurna dan bahagia sejak berumah tangga kerana adanya anak sebagai pelengkap serta dua isteri yang boleh menerima satu sama lain. Rasa seperti mendapat peluang kedua dalam hidup dan tidak sangka kini saya ada perniagaan sendiri selain anak serta isteri yang sangat memahami.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×