berita

‘Bukan Setakat Manusia, Tapi Anjing Pun Kami Selamatkan….’

November 8th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Walaupun malapetaka banjir yang menghimpit negeri Pulau Pinang baru-baru ini telah membawa banyak kesukaran bagi penduduknya, namun secara tidak langsung ia juga telah mempamerkan sifat terpuji rakyat Malaysia yang bersatu dalam membantu sesama lain. Penduduk dilihat bertungkus lumus menghulurkan bantuan ikhlas kepada mereka yang terjejas akibat kejadian itu tanpa mengira bangsa, agama atau warna kulit.

Terbaru, surau Taman Free School menarik perhatian rakyat Malaysia apabila ia membuka pintu kepada orang bukan Islam untuk berlindung daripada banjir yang mengerikan. Menerusi perkongsian pengarah surau tersebut, Zakaria Malik, mereka bukan setakat menyelamatkan manusia, malah binatang seperti anjing juga turut diselamatkan dan ditempatkan di perkarangan surau sehingga air surut.

Anjing turut dilindungi

Tekan Zakaria menerusi posnya, surau tidak akan menolak mana-mana manusia atau haiwan yang memerlukan bantuan, termasuk anjing, kerana mereka semua adalah ciptaan Allah S.W.T.

Pengarah itu juga menunjukkan rasa terima kasih beliau kepada ahli jawatankuasa surau yang turun padang  serta penduduk Taman Free School yang tidak putus membantu mangsa-mangsa banjir di waktu yang saat genting.

Bismillahhirrahmannirrahim dengan izin allah barulah dapat saya menulis di sini setelah sibuk dengan menghadapi bencana semasa dan selepas banjir. Saya amat berbangga mempunyai ahli-ahli jawatankuasa dan penduduk-penduduk taman free school yang sama-sama memberi bantuan di masa yang amat genting dan apa yang di lakukan oleh bilal kami dan juga beberapa anak kariah yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa-mangsa banjir diwaktu yang sangat genting di antara jam 3 pagi hingga 5 pagi bergelut dengan air yang deras dgn menggunakan bot tanpa enjin yang dipunyai oleh salah seorang penduduk di situ. Kalau lah di waktu itu ada orang ambil gambar barulah orang2 yang memberi komen2 negatif akan paham keadaan sebenar kenapa orang2 yang di selamatkan di tempatkan di surau dan ada yang terpaksa membuka baju di sebabkan kesejukan melampau.

Zakaria turut berterima kasih kepada semua pihak berkuasa yang memberi bantuan kepada mereka yang terjejas, dan juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Sri Hishammuddin Hussein dan Exco Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo, yang melawat surau mereka selepas banjir berlaku.

Terima kasih juga kepada semua pihak- pihak dan jabatan yang datang memberi bantuan seperti JPAM, jabatan kebajikan masyarakat yang dtg memantau dan memberi bantuan makanan sehingga kelmarin, tentera di raja malaysia yang sehingga hari ini memberi bantuan pembersihan dan juga memberi bantuan peralatan dan makanan kepada penduduk yang terjejas. Terima kasih juga kepada Dato Seri Hishamudin dan juga YB Jagdeep di atas kehadiran ke tempat kami.

Zakaria mengakhiri posnya dengan harapan bahawa kita dapat membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia boleh bersatu pada masa-masa yang memerlukan, tanpa memikirkan bangsa, agama, atau warna kulit seseorang.

Sumber: Zakaria Malik

SKIP THIS AD ×