berita

‘Bukan Suami, Tapi Binatang’ – Bapa Datang Dari Sabah Sedih Lawat Anak Kritikal Dipukul Suami

May 11th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang wanita dipercayai dipukul oleh suaminya sehingga lebam, kini berada dalam keadaan kritikal dan terlantar di wad ICU.

Artikel berkaitan : Wanita Hamil Masuk ICU Teruk Dipukul Suami, Retak Tulang Belakang, Suami Lesap Lepas Ambil Cincin Emas

Lebih tragis lagi apabila wanita berkenaan sedang hamil anak sulungnya dan kandungannya masih kuat lagi walaupun berada dalam keadaan koma.

Air mata seorang ayah jatuh ketika melihat keadaan anaknya

Bapa kepada wanita berkenaan mengalirkan air mata apabila melihat anaknya yang sedang bertarung nyawa akibat diperlakukan dengan kejam.

Menurut adiknya itu, kedatangan bapanya pada kali ini tidak sama seperti menjadi wali ketika majlis pernikahan anaknya itu. Namun bapanya sanggup datang dari Sabah semata-mata untuk melihat keadaan anaknya itu.

Sedih sekali melihat anak saya yang terlantar di Hospital Sultanah Aminah dipukul suaminya sampai teruk dan dimasukkan ke ICU.

‘Bayangkan betapa menderita anak saya’

Lebih menyayatkan hati apabila seorang bapa dapat berita bahawa anaknya dipukul oleh lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab melindungi anaknya itu. Sehingga kini masih tiada lagi perkembangan mengenai suami kepada wanita itu.

Suami atau bekas suami bukan manusia tetapi binatang membelasah perempuan yang lemah di rumah tiada siapa yang dengar lihat. Bayangkan betapa menderita anak saya dibelasah oleh lelaki ini.

Menerusi posting yang telah dimuat naik oleh adiknya itu, dia sempat berkongsikan keadaan di rumah pasangan berkenaan dan menjumpai set baju baby yang baru sahaja dibeli. Lebih menyedihkan lagi apabila dia mengetahui bahawa kakaknya itu telah menyediakan juadah untuk suaminya pada hari kejadian.

‘Dia memang sunguh-sungguh nak baby..’

Sumber : Nordin Madating Kasim , Fazariah Nordin

SKIP THIS AD ×