Pada Khamis, pelakon Adam Shahz dan bekas isteri yang merupakan aktres Fatin Afeefa hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak mereka, Ivy Herra Sophia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Gunakan Akal Seolah Nyawa Anda Bergantung Kepadanya’ – Suami Fatin Afeefa Tuju Dekat Adam Shahz?
Nak elak fitnah
Memetik laporan Kosmo, Adam berkata tujuan dia membawa perkara itu ke mahkamah kerana mahukan hak sebagai seorang bapa bukan untuk bermusuhan.
Selama ini saya diam. Bila ada desakan, baru saya bersuara. Bukan apa, saya mahu orang tahu apa yang terjadi. Kalau saya terus tutup mulut, takut ada fitnah pula nanti.
Sebagai bapa saya berhak tahu di mana anak saya berada. Jangan pula selepas ini bila terjadi apa-apa, salahkan saya pula tak ambil tahu tentang anak.
Tambah aktor berumur 41 tahun ini, dia mendakwa sudah tiga bulan tidak bertemu dengan Ivy. Katanya, dia mendapat tahu daripada sumber yang mengatakan anaknya telah dimasukkan ke sebuah sekolah asrama tanpa pengetahuannya.
Sebagai bapa, saya sendiri pun tak tahu mana anak saya sekarang. Katanya masuk asrama.
Saya tidak tahu apa-apa tentang anak saya sebab pihak sebelah sana (Fatin) dan bekas ibu mentua sekat nombor telefon saya. Jadi saya tidak boleh berhubung dengan mereka.
Apa yang saya dapat tahu, ada sumber cakap anak saya dimasukkan ke sebuah sekolah asrama. Tapi sekolah asrama mana pun saya tak tahu.
Bagi masa dengan anak
Dalam pada itu, pemilik nama Nor Shah Azli Abdol Ghani akui kesal apabila dia langsung tidak boleh berjumpa dengan Ivy walaupun pada hujung minggu.
Sebelum ini saya boleh berjumpa dengan Ivy antara pukul 9 pagi hingga 11 pagi.
Katanya anak saya dimasukkan ke sebuah tempat mengaji. Jadi waktu saya hanya Sabtu dan Ahad setiap minggu. Itu sahaja.
Sebagai seorang ayah, saya bukan nak minta hak lebih. Tapi bila saya ada cuti, permudahkanlah urusan saya. Adakan masa anak dengan saya. Itu sahaja.
Terdahulu, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin pernah berkahwin dengan Adam pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan terdahulu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7.
Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.
Sumber: Kosmo