berita

‘Buku & Pen Bagaikan Nyawa Buat Tun M’ – Bekas Pengawal Peribadi

May 13th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Sememangnya perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 mengembalikan nostalgia pengawal peribadi yang pernah bertugas bersama beliau dahulu. Pengawal peribadi pemimpin ini, Saad Hashim pernah berkhidmat selama 30 tahun sejak Tun M menjadi Ahli Parlimen Kubang Pasu.

Pengawal peribadi Tun M tampil bongkar rahsia disebalik kejayaan insan ini yang dijadikan inspirasi dan idola segenap rakyat.

Makan hanya ala kadar

Saya sangat gembira apabila Tun dilantik sekali lagi dan terasa ingin bertugas kembali tetapi kudrat saya hari ini sudah tidak mampu lagi untuk bekerja. Ini berbeza dengan Tun walaupun sudah berusia 93 tahun tetapi masih mampu tunggang kuda dan kayuh basikal.

Menurut Saad Hashim menerusi laporan Sinar Online, beliau disifatkan sebagai seorang yang sangat menepati masa. Malah, dianggap masa itu emas dan sangat berharga. Setiap kali ada program semua kakitangan yang bertugas akan datang lebih awal lagi.

Sejak dahulu lagi Tun sangat menjaga kesihatannya dengan hanya makan ala kadar untuk mengalas perut sahaja. Apa yang uniknya Tun tidak makan ikan kerana dididik oleh ibunya sejak kecil lagi.

Sering catat masalah rakyat

Tun seorang yang tegas dan berani. Jika beliau hendak sesuatu pasti akan pergi tidak kira sama ada bahaya atau tidak. Contohnya semasa pembinaan Universiti Utara Malaysia (UUM) dia mengajak saya bersamanya walaupun kawasan itu bahaya sebelum ini. Tun sendiri mahu melihat sejauh mana pembinaan UUM pada masa itu. Ini menunjukkan dia sangat mengambil berat tentang pembangunan serta pendidikan kepada masyarakat terutamanya pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke situ nanti.

Bekas pengawal peribadi beliau masih ingat setiap tabiat Tun M iaitu sering membawa buku catatan dan pen untuk dicatat segala masalah rakyat atau sesuatu yang baharu baginya.

Demi memajukan negara

Buku catatan dan pen seperti nyawa beliau kerana Mahathir tidak akan pergi ke mana-mana tanpa dua benda itu walaupun pergi ke luar negara.

Oleh itu tidak hairanlah jika Tun keluar negara pun dia akan mencatat segala apa yang dia lihat dan dengar supaya dapat memberi panduan kepadanya. Sebab itu banyak pembaharuan dibawa masuk semasa di bawah kepimpinannya dengan pelbagai dasar supaya memajukan negara kita ini.

Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang sihat dan kuat buat Perdana Menteri Malaysia ke-7 ini, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus cekal memimpin negara kita. Amin.

Sumber: Sinar Online

SKIP THIS AD ×