
Sudah tidak mampu lagi menahan sabar, penyanyi, Naufal Azrin memberi amaran terakhir kepada seorang indvidu yang dirahsiakan identitinya untuk melunaskan hutang secepat mungkin.
Artikel Berkaitan: Naufal Azrin Bagi 2 Minggu Untuk Bekas Syarikat Pengurusan Lunas Hutang Tertunggak – ‘Jangan Bagi Alasan Keluarga Susah, Sakit’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tak Jadi Healing Dengar Lagu ‘Malampagi’ Versi Arab Nyanyian Naufal Azrin -‘Gini Maghrib Balik’
Tagih hutang

Menerusi hantaran di Instagram, Naufal, 25, berkata, dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan wajah individu terbabit sekiranya masih liat untuk membayar hutang.
Janji berbaku-bakul dah, tapi haram, bakul kosong. Habis bulan Jun ini kalau tak bayar hutang, saya akan tunjuk muka handsome dia. Ini kali saya buat kasi lingkup.
Dalam pada itu, Naufal mendakwa, individu berkenaan berhutang dengannya sehingga kira-kira RM10,000.
Hutang ini ibarat penyakit, sekali nak berhutang akan berhutang lagi. Aku tak kisah kalau kau nak berhutang RM2 atau RM3, tapi ini sampai RM5,000, RM6,000, RM9,000 sampai RM10,000.
Macam mana lah aku nak halalkan kalau jumlahnya banyak macam itu? Kasi bayar lah boss sebelum gua tunjuk muka lu.
Pada Januari tahun lalu, Naufal ada memuat naik sepotong video di Instagram untuk menuntut hutang yang ditagih sudah hampir setahun.
Sumber: Instagram








