berita

Bulan Menabung Simpan SSPN 2023 Kembali, Inilah Peluang Untuk Jadi Superhero Buat Anak-Anak!

October 4th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Setiap tahun sejak 2018, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengadakan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) dengan tujuan untuk memastikan setiap ibu bapa menjadi adiwira atau ‘superhero’ kepada anak-anak dengan mempunyai perancangan kewangan untuk pendidikan tinggi anak-anak sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman.

Tahun ini, bersempena dengan Sambutan Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun, PTPTN telah melancarkan BMS 2023 yang dilaksanakan secara on-ground event pada 28 September 2023 sehingga 1 Oktober 2023 di Sunway Pyramid Mall, Selangor.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN.

BMS 2023 cipta kelainan

Selari dengan agenda pendigitalan PTPTN yang memberi fokus kepada usaha menggalakkan penggunaan aplikasi myPTPTN kepada para peminjam dan pendeposit Simpan SSPN untuk urusan yang lebih mudah, cepat dan selamat, konsep BMS 2023 tahun ini amat signifikan kerana sains dan teknologi robot berkait rapat dengan kemajuan dan memerlukan pengetahuan tentang teknologi terkini.

Lebih menarik, BMS 2023 membawa kelainan dari tahun sebelumnya apabila buat julung kalinya ia dilaksanakan menerusi konsep road tour dengan merentasi 14 negeri di lokasi terpilih seluruh Malaysia sepanjang bulan Oktober 2023 iaitu bermula 1 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023.

Yang lagi best, bertemakan “Robotik : Ke arah Transformasi Dunia Pendigitalan” dengan mengekalkan tagline Jom Jadi Superhero Anak Anda, BMS 2023 menyajikan pelbagai aktiviti menarik untuk disertai oleh ibu bapa dan anak-anak antaranya Pertandingan Mewarna Simpan SSPN, Pertandingan Action Song Simpan SSPN, PTPTN Esport Challenge (PUBG Mobile), Simpan SSPN Got Talent, Robotik (Robomission), Robotik (Inovasi), Happy Hour, penampilan khas Didi & Friends, selebriti jemputan dan banyak lagi.

Bukan itu je, BMS 2023 turut menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM75,000 kepada 66 pemenang melalui Cabutan BMS 2023. Bestnya!

Majlis pelancaran BMS 2023 turut diserikan dengan beberapa sesi penyampaian hadiah termasuk Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Rakan Strategik, Penyampaian Penghargaan kepada Sekolah Kelab Simpanan Pendidikan, Penyampaian Hadiah, Pemenang Cabutan WOW! Syoknya Raya!, Penyampaian Hadiah Pemenang Action Song Simpan SSPN 2023 dan Persembahan Juara Action Song Simpan SSPN 2023

Pencapaian deposit Simpan SSPN sentiasa menunjukkan peningkatan ketara

Menurut Pengerusi PTPTN, YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim,  “Dalam tempoh 19 tahun Simpan SSPN diperkenalkan, pencapaian deposit Simpan SSPN sentiasa menunjukkan peningkatan ketara pada setiap tahun. Sehingga 31 Ogos 2023, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima adalah sebanyak RM15.81 bilion dengan bilangan akaun berjumlah 6.04 juta akaun. Prestasi ini membuktikan Simpan SSPN terus cemerlang sebagai produk simpanan terbaik pilihan ibu bapa di negara ini.”

“Berdasarkan kutipan deposit yang memberansangkan dalam tempoh lima (5) tahun penganjuran BMS, saya optimis BMS 2023 akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Malaysia. Justeru, pada tahun ini, PTPTN mensasarkan jumlah deposit Simpan SSPN bagi BMS 2023 sebanyak RM220 juta. Saya yakin sasaran ini akan dapat dicapai dengan sokongan dan kerjasama oleh pelbagai pihak serta strategi promosi yang dilaksanakan. Kejayaan program BMS 2018 hingga 2022 adalah penanda aras terbaik kepada PTPTN bagi merealisasikan matlamat ini,” tambah beliau lagi.

Buat pengetahuan korang, Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan simpanan dijamin Kerajaan.

Pelbagai kempen dan promosi turut dipergiat bagi menyemarakkan lagi amalan penabungan antaranya dengan mengadakan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023.

PTPTN akan terus komited untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus menabung di dalam Simpan SSPN bagi mengelakkan kebergantungan kepada pinjaman.

PTPTN yakin usaha ini akan disokong oleh semua pihak bagi merealisasikan visi PTPTN sebagai ‘Peneraju Tabung Pendidikan Tinggi Negara’.

Untuk maklumat lanjut berkenaan BMS 2023, sila layari laman web PTPTN. 

 

SKIP THIS AD ×