berita

Buletin TV3 Kini Di Laman Web Berita Harian

August 9th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Untuk memastikan penonton TV3 tidak terlepas menonton berita yang disampaikan di platform televisyen, TV3 telah bergandingan dengan Berita Harian untuk melebarkan empayar Buletin TV3 ke laman web Berita Harian di www.bharian.com.my

Kerjasama Berita Harian, Buletin TV3

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, Media Prima Berhad menjadi platform penting untuk rakyat Malaysia mendapatkan informasi terkini sementara kekal selamat duduk di rumah. Maklumat terkini yang dikongsikan ini adalah meluas seperti topik-topik sosial, ekonomi, politik, sukan, human interest, teknologi, bisnes dan banyak lagi.

Bukan sahaja dapat menyajikan informasi terkini, gandingan kolaborasi strategik ini secara tidak langsung dapat memaksimumkan tontonan digital dalam kalangan pengguna.

Penonton TV3 dan pembaca surat khabar Berita Harian boleh mendapatkan berita terkini dari dalam dan luar negara sepanjang 24 jam menerusi laman web Berita Harian di www.bharian.com.my bermula 1 Ogos 2021 ini. Jangan lupa untuk saksikan klip-klip video terkini Buletin TV3 dan strim live Buletin Utama, Buletin 130, Buletin Pagi dan Nightline di laman web Berita Harian.

Buletin Pagi akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9 pagi, Sabtu dan Ahad pada jam 9.30 pagi. Buletin 1.30 dan Buletin Utama bersiaran setiap hari pada jam 1.30 petang dan 8 malam. Manakala Nighline bersiaran pada jam 12.oo tengah malam setiap hari,

SKIP THIS AD ×