berita

Bunga Citra Lestari Peluk Ariel NOAH?

April 16th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai penyanyi popular Bunga Citra Lestari (BCL) dan Ariel NOAH dikatakan semakin rapat.

BCL peluk Ariel dari belakang

BCL dan Ariel menjadi perbualan hangat para netizen apabila digosipkan telah menjalinkan hubungan hubungan istimewa hanya kerana sekeping foto yang memperlihatkan BCL memeluk Ariel dari belakang.

Menurut Liputan6, kedua-dua selebriti berkenaan kelihatan mesra dan BCL nampak selesa apabila bersandar di bahu Ariel seperti foto yang dimuat naik sebuah akaun Instagram @r_cutha2 yang telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai kedua-dua selebriti tersebut.

Salah satu adegan dalam muzik video

Sejak kebelakang ini, kemesraan antara mereka sering menjadi perbualan kerana mereka berdua banyak terlibat dalam projek yang sama dan ada yang mengatakan bahawa foto yang tersebar itu antara salah satu adegan dalam video muzik Mencari Cinta, lagu terbaru mereka. Video muzik tersebut akan dikeluarkan secara rasmi pada 23 April ini di Youtube.

Rata-rata para peminat mengatakan sudah tidak sabar untuk menanti kolaborasi terbaru daripada kedua-dua selebriti kesukaan mereka itu.

Sumber : Liputan6

SKIP THIS AD ×