Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari menyambut ulang tahun kelahiran arwah suaminya iaitu Ashraf Sinclair di pusara aktor tersebut.
Artikel Berkaitan: Sudah Bertemu Pengganti, BCL Pilih Duda Anak Tiga?
Artikel Berkaitan: Bunga Citra Lestari Dikecam Tayang Lurah Di Kelab Malam – ‘Panas Suamimu Di Bawah Sana’
Ulang tahun di kubur
Menerusi perkongsian di Instagram, Bunga dilihat menziarahi pusara Ashraf bersama anaknya, Noah Aiden Sinclair dan beberapa ahli keluarga lain termasuk ibu bapanya.
Bunga turut menitipkan ucapan istemewa buat arwah suami tercinta yang menginjak usia 44 tahun sekiranya masih hidup.
Sayang, hari ini seharusnya ulang tahun kamu yang ke 44, tapi takdir berkata berbeza, kamu sudah pergi terlebih dahulu.
Kami di sini semuanya baik-baik sahaja, kami hidup dengan selamat dan kami semua mencipta sebuah kenangan baharu tanpa melupakan awak, sentiasa akan ingat awak.
Awak sentiasa ada dalam hati kami semua, saya sentiasa rindu awak. Selamat ulang tahun di syurga, terima kasih untuk segalanya.
Dalam perkongsian sama, Bunga turut berkongsi beberapa keping foto buat tatapan umum.
Sementara itu, rata-rata rakan selebirti dan peminat yang singgah ke ruangan balas meluahkan rasa sebak dengan perkongsian tersebut.
Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian pelakon berdarah kacukan, Ashraf Sinclair pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung pada jam 3.40 pagi.
Sumber: Instagram