Penyanyi tersohor Indonesia, Bunga Citra Lestari menitipkan ucapan terakhir buat rakan seperjuangannya, Vidi Aldiano yang meninggal dunia kerana kanser buah pinggang, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Bunga Citra Lestari Bawa Rasa Cinta Abadi Dalam Konsert ‘BCL: External Love – Timeless Romance’ September Ini

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kedua-Dua Lelaki Ini Sentiasa Memastikan Saya Adalah Wanita Paling Bahagia’ – BCL

Luahan

Seperti tidak dapat menerima kenyataan, Bunga berkata dia memerlukan waktu untuk memproses kehilangan Vidi yang dianggap sebagai adiknya.

Kata Bunga, dia bersyukur kerana memiliki rakan seperti Vidi di dalam hidupnya.

Entah kenapa, saya selalu rasa jiwa kita saling terhubung.

Hati saya hancur. Di satu sisi aku seperti tahu hari ini akan tiba tapi di sisi lain aku tak pernah benar-benar bersedia untuk menerimanya.

Kau sudah berjuang dengan sangat kuat dan di tengah-tengah semua yang kau lalui yang saya tahu bukan sesuatu yang mudah, kau tetap tersenyum, tetap menghiburkan orang di sekelilingmu dan membuat ramai orang bahagia.

Kamu akan sentiasa dirindui. Sampaikan salam saya kepada Ashraf (suami Bunga yang dah meninggal) ya.

Sebelum ini, media melaporkan Vidi menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu lalu.

Terdahulu, keadaan kesihatan Vidi mula menjadi perhatian umum pada 2019 selepas beliau disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap tiga.

Pada tahun 2019, keadaan kesihatan Vidi mula mendapat perhatian ramai selepas disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap tiga.

Sumber: Instagram