berita

Bungkusan Misteri Di Konsulat China Pulau Pinang Cetus Tanda Tanya, Ini Hal Sebenar..

February 1st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui bahawa wabak koronavirus di Wuhan kini berada di tahap yang kritikal. Ini kerana, angka kes dan kematian yang dilaporkan turut meningkat setiap hari.

Menerusi laporan Astro Awani, anggota polis dan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Pulau Pinang terpaksa bergegas ke pejabat konsulat China di negeri itu, sebaik sahaja menerima panggilan yang menyatakan ada tiga bungkusan misteri di hadapan pejabat itu semalam.

Bergegas ke lokasi kejadian

Menurut pegawai dari balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru dan Bagan Jermal, mereka mendapat panggilan kecemasan itu pada pukul 3.20 petang. Tambahnya, sebaik sahaja sampai di konsulat tersebut mereka terus meletupkan tiga bungkusan misteri tersebut. Namun, selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, mereka mendapati bungkusan hitam itu mengandungi topeng muka dan hidung.

Mahu mendermakan topeng muka

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Suffian Santong pula, tiga bungkusan tersebut ditinggalkan sekumpulan individu yang mempunyai niat untuk mendermakan topeng muka dan hidung untuk masyarakat di Wuhan ekoran peningkatan wabak koronovirus di negara berkenaan.

Di samping itu, beliau turut memaklumkan bahawa individu yang menghantar bungkusan itu terdiri daripda lima orang lelaki dan dua orang wanita. Mereka menaiki dua buah kenderaan dan turut memegang kain rentang dalam bahasa Mandarin yang bertulis “Wuhan jangan putus asa, China terus berusaha dan rakyat Cina di Malaysia mendoakan keselamatan dan kesihatan”. Kesemua individu tersebut dipercayai berada di kawasan tersebut selama 30 minit.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×