Seorang wanita warganegara New Zealand kelahiran Korea Selatan, Hakyung Lee, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh dua anaknya.

Artikel Berkaitan: Sakit Hati Dihina Soal Ekonomi, Suami Tergamak Bun*h Isteri

Artikel Berkaitan: Wanita Dibun*h Ketika Solat, Suspek Didakwa Guna Duit Simpanan Mangsa

Bunuh dua anak, dipenjara seumur hidup

Foto: ABC Net

Memetik laporan CNN, Hakyung Lee, 45, didapati bersalah membunuh anaknya iaitu Minu Jo, 6, dan Yuna Jo, 8, pada Jun 2018. 

Dia didakwa membungkus mayat mereka menggunakan plastik dan meletakkan di dalam beg pakaian di sebuah stor terbengkalai.

Bagaimanapun, mayat tersebut ditemui pada Ogos 2022 oleh satu keluarga yang ingin membeli stor di Auckland itu melalui lelongan dalam talian.

Semasa perbicaraan, Lee yang diwakili dua peguam mengaku tidak bersalah atas alasan tidak waras. Peguam Lee berhujah bahawa hukuman penjara seumur hidup tidak adil memandangkan masalah kesihatan mental yang dihadapinya. 

Bagaimanapun, pihak pendakwa menyatakan tiada bukti menunjukkan Lee berniat untuk membunuh diri ketika kejadian.

Hakim Geoffrey Venning menolak cadangan hukuman lebih ringan, tetapi membenarkan rawatan psikiatri dilakukan dengan syarat Lee akan dikembalikan ke penjara setelah sihat.

Semasa perbicaraan, mahkamah mendengar bahawa Lee memberi overdosis ubat preskripsi kepada anak-anaknya pada 2018 sebelum mengakhiri hayat mereka.

Lee perlu menjalani sekurang-kurangnya 17 tahun penjara sebelum layak memohon parol. 

Hukuman penjara seumur hidup adalah hukuman paling berat di New Zealand, negara yang telah menghapuskan hukuman mati pada 1989.

Sumber: CNN