berita

Buntu Macam Mana Nak Berhenti Merokok? NICORETTE® Boleh Tolong Korang!

March 22nd, 2021 | by Sya Alkaf
Kesihatan & Hidup Aktif

Berhenti merokok bukanlah satu perkara yang mudah, lagi-lagi buat korang yang dah terbiasa merokok untuk jangka masa yang lama. Tapi, dah tiba masanya untuk korang mula memberi perhatian kepada kesihatan tubuh badan sendiri dan juga keluarga tersayang.

Kurangkan risiko serangan jantung & barah paru-paru 

Tetapi berhenti merokok bukanlah semata-mata untuk orang sekeliling saja. Tujuan utamanya bagi memastikan tahap kesihatan diri sendiri berada pada tahap yang baik.

Tekanan darah dan nadi korang akan kembali normal, peredaran darah akan menjadi lebih baik dan meningkatkan tenaga dalam tubuh.*

Untuk individu yang berjaya berhenti merokok selama 1 ke 10 tahun, risiko penyakit berbahaya seperti serangan jantung dan barah paru-paru akan berkurangan.*

Jadi, masih belum terlambat untuk korang berhenti, ambil masa dan peluang yang ada ini untuk perbaiki kesihatan diri!

NICORETTE® Gum bantu kurangkan keinginan merokok 

NICORETTE® Gum dengan bantuan professional dapat membantu para perokok untuk berhenti dengan kadar kejayaan lebih tinggi berbanding kaedah ‘cold turkey’ ataupun percubaan untuk berhenti merokok secara mendadak.**

Ubat ini diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan didatangkan dengan varian 2mg atau 4mg yang boleh dipilih mengikut tahap kekerapan seseorang merokok dalam sehari.

Buat mereka yang mengambil kurang daripada sekotak rokok sehari, disarankan untuk mencuba gum 2mg. Sementara buat mereka yang mengambil sekotak atau lebih, cuba 4mg untuk kesan yang lebih baik.

Hadir dengan perisa Icy Mint, korang hanya perlu mengambil sekeping NICORETTE® Gum setiap kali berkeinginan untuk merokok. Lama-kelamaan pengambilan gula-gula getah ini boleh dikurangkan secara perlahan-lahan bagi mengawal ketagihan kepada nikotin.

MAL15045076ARZ | MAL15045059ARZ

Cara Penggunaan

  1. Kunyah NICORETTE® Gum secara perlahan sehingga perisanya menjadi kuat
  2. Biarkan NICORETTE® Gum rehat diantara gusi dan pipi
  3. Kunyah sekali lagi selepas perasa NICORETTE® Gum berkurangan
  • Ulangi langkah 1 dan 2 untuk jangka masa 30 minit
  • Jika korang dah yakin untuk berhenti merokok selamanya, ambil NICORETTE® Gum setiap kali berkeinginan untuk merokok
  • kekerapan untuk mengambil NICORETTE® Gum akan berkurangan seiring dengan berkurangnya keinginan untuk merokok setiap hari

Dalam usaha untuk berhenti merokok, korang juga digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan. Dengan adanya panduan kesihatan yang betul serta mengamalkan pengambilan NICORETTE® Gum, proses berhenti merokok akan jadi lebih mudah dan cepat.

NICORETTE® Gum boleh didapati di seluruh rangkaian farmasi, klinik dan juga hospital. Ianya boleh dibeli tanpa memerlukan sebarang preskripsi daripada pegawai perubatan.

Sebaliknya, korang boleh terus bertanya kepada pegawai farmasi yang bertugas untuk mendapatkan nasihat berhenti merokok atau bantuan mengenai NICORETTE® Gum.

Jika memerlukan sebarang maklumat lanjut mengenai produk NICORETTE®, korang boleh lawati laman sesawang rasmi mereka di SINI.

 

Rujukan

*https://www.nhs.uk/better-health/quit-smoking/

**Sutherland, G. Heart; May 2003

***Nicorette Icymint Gum Package Insert 2017

 

MAL15045076ARZ | MAL15045059ARZ 

KKLIU 0885/2021. Tarikh Tamat: 31 Dis 2023. Ini iklan produk ubat. Produk ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Jangan menggunakan produk ini jika anda mengalami penyakit jantung yang serius, ibu hamil atau ibu menyusu. Tidak boleh digunakan oleh orang bukan perokok. Rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakan produk ini.

SKIP THIS AD ×