berita

Bunuh Bapa Sebab Makanan Terlampau Masin

February 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tribun News

Tidak dapat difikirkan apa yang bermain di minda seorang lelaki apabila dia sanggup membunuh bapa kandungya sendiri. Tragedi ini, berlaku di sebuah daerah di Kabupaten Trenggalek, Indonesia, dua hari yang lepas.

Hasil pemeriksaan awal pihak polis, pihaknya mendapati motif kejadian adalah disebabkan suspek mempunyai dendam terhadap mangsa.

Masakan terlampau masin

Sekadar Gambar Hiasan

Lapor Tribun News, suspek yang dikenali Fera Setyadi, 27, bertindak membunuh ayahnya sendiri kerana tidak berpuas hati dengan masakan yang dihidangkan oleh bapanya. Difahamkan, masakan yang dihidangkan kepada suspek dipercayai terlampau masin ditambah pula, suspek yang sudah lama mempunyai dendam terhadap mangsa.

Jelas Pegawai Polis Trenggalek AKP Tatar Hernawan, makanan tersebut telah dihidangkan oleh mangsa, sebelum suspek membuat andaian sendiri dengan menyatakan mangsa telah meletakkan racun ke dalam makanan tersebut. Bimbang mati akibat diracun, suspek bertindak memukul, sebelum menikam mangsa dengan menggunakan sebilah sabit.

Terasa dipinggirkan

Pada masa yang sama, menerusi keterangan yang diambil suspek mengaku dirinya menyimpan dendam terhadap mangsa kerana dia sering disisihkan.

Keterangan daripada suspek sendiri kerana dendam merasa dirinya dipinggirkan.

Namun, terdapat dakwaan yang menyatakan suspek mengalami masalah gangguan jiwa sehingga menyebabkan dia bertindak di luar kawalan dengan membunuh bapanya sendiri.

Laporan penuh

 

 

 

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×