berita

Bunuh Bayi Zara Dengan Kejam, Suami Pengasuh Akhirnya Ke Tali Gantung

March 2nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap suami seorang pengasuh kerana membunuh seorang bayi perempuan berusia 11 bulan, lima tahun lalu.

Hukuman mati dikekalkan

Tertuduh, Hazmi Majid yang merupakan bekas tukang gunting rambut didakwa membunuh dan menyebabkan kematian seorang bayi berusia 11 bulan, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara, di sebuah unit di Pangsapuri Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi pada 7 November 2018. Mangsa disahkan meninggal dunia dua hari selepas kritikal di hospital dipercayai akibat penderaan fizikal dan seksual oleh tertuduh.

Difahamkan, mangsa mengalami pelbagai kecederaan yang serius antaranya pendarahan di bawah kulit kepala, tengkorak pecah serta pendarahan di bahagian atas dan belakang otak selain terdapat kesan lebam di lengan kanan yang menurut doktor ia adalah kesan akibat gigitan orang dewasa. Punca kematian mangsa akibat hentakan tumpul di kepala dan menyifatkan kecederaan serius dan berkemungkinan mengakibatkan kematian.

Susulan daripada itu, tertuduh telah disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati.

Barisan tiga hakim yang bersidang diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah, sebulat suara menolak rayuan tertuduh kerana hakim perbicaraan tidak melakukan sebarang kesilapan dalam fakta dan undang-undang dalam mendapati perayu bersalah seperti pertuduhan. Oleh itu, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap tertuduh.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×