Di Indonesia, mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun ditemui di saluran terusan air utama di Sidrap, Sulawesi Selatan. Lebih meruntun hati apabila mayat mangsa berada dalam keadaan tidak berkepala.
Mayat tidak berkepala
Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribunnews, mangsa dipercayai telah dibunuh oleh ibu tirinya semata-mata kerana perasaan cemburu dan dendam menguasai diri. Difahamkan, suspek nekad dengan tindakannya itu kerana cemburu akan layanan mesra dan kasih sayang suaminya terhadap mangsa sedangkan dirinya seringkali dimarahi sehingga dia digelar ‘perempuan sial’.
Hasil daripada siasatan, suspek yang mengakui tindakannya itu memberitahu pihak polis bahawa dia telah meculik anak tirinya itu dan membawanya ke Sidrap dengan menggunakan motosikal milik suaminya. Mangsa yang sedang tidur ketika itu kemudian didukung dan dicampak ke dalam sungai tersebut sehingga lemas. Sebaik sahaja selepas membunuh mangsa, suspek bergegas pulang ke rumah.
Suspek kini ditahan
Menurut Ketua Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Pinrang, Dharma Perwira memberitahu bahawa mayat mangsa yang ditemui tidak berkepala itu merupakan kanak-kanak yang pernah dilaporkan hilang sejak 20 April lalu.
Dia tergamak membunuh anak tirinya kerana cemburu melihat suaminya sangat sayangkan mangsa selain itu dia berdendam dengan suaminya yang kerap memarahinya dan memanggilnya ‘perempuan sial.
Suspek kini telah ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Sumber: Tribunnews, Regional Kompas