Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita di India didakwa melakukan kes jenayah ke atas suaminya hingga maut bersama teman lelakinya di hadapan anak-anak.

Artikel Berkaitan: Isteri Belasah Suami Sampai Mati, Anak 11 Tahun Jadi Saksi

Artikel Berkaitan: Temui Gambar Lucah Dalam Telefon Bimbit, Isteri Bertindak Belasah Suami

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dunia Dah Terbalik! Teman Lelaki Isteri Ajak 3 Rakan Belasah Suami

Anak jadi saksi

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan polis yang bertugas, suspek yang dikenali sebagai Anita itu melaporkan suaminya meninggal dunia akibat sakit yang ditanggung.

Mangsa yang bernama Anjaneya itu difahamkan telah dibunuh enam bulan lalu di kawasan kejiranan Nandini Layout, di barat Bangalore.

Selepas enam bulan berlalu, saksi iaitu anak-anak kepada suspek dan suaminya itu memberitahu hal sebenar kepada neneknya.

Difahamkan, mangsa ketika itu sedang tidur dan berada di dalam keadaan mabuk, lalu dicekik oleh isterinya dan seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki suspek.

Susulan daripada itu, nenek kepada kanak-kanak tersebut kemudiannya melaporkan hal sebenar kepada pihak polis untuk siasatan lanjut ke atas si pelaku dan akhirnya kedua-dua suspek ditahan atas kesalahan jenayah yang dilakukan bersama.

Sumber: Bangalore Mirror