berita

‘Bunyi Remeh Tapi Selagi Tak Buang Angin Tak Boleh Cabut Drip Line’ – Dr Say Syukur Isteri Dibenarkan Pulang

August 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Umum mengetahui, isteri Dr Say Shazril iaitu Dr Azura telah selamat melahirkan zuriat kedua mereka pada Khamis lalu. Menurut Dr Say, isterinya bersalin menerusi kaedah caesar. Ini kerana, pakar kesihatan memberitahu bahawa berkemungkinan 20 peratus kegagalan akan berlaku jika kelahiran secara VBAC (Vaginal birth after caesarean) disebabkan oleh pembedahan pada perut Dr Azura sebelum ini sehingga ada banyak lekatan pada organ-organ dalamannya.

Artikel berkaitan: ‘Assamualaikum Baby Sefriel’ – Dr Say Shazril Timang Cahaya Mata Kedua

Semoga dipermudahkan

Di Instagram Story, Dr Say mohon doa agar isterinya boleh pulang segera ke rumah mereka. Ujar Dr Say, sepatutnya hari kedua pihak hospital akan memberi kebenaran buat pesakit untuk pulang ke rumah. Namun, isterinya tidak mendapat kebenaran tersebut. Jelas Dr Say, pakar kesihatan memberitahu bahawa lekatan yang teruk dalam organ dalaman isterinya masih ada. Lekatan tersebut berpunca daripada komplikasi lambat kesan masalah apendiks pecah sewaktu umur isterinya 18 tahun.

Oleh sebab itu, isterinya mengalami masalah buang angin sehingga sekarang. Tambah Dr Say, isterinya perlu berpuasa sehingga angin tersebut keluar.

Bunyi macam remeh

Syukur Alhamdulillah bini sudah berjaya buang angin. Ini berita baik.

Sebentar tadi, Dr Say memaklumkan mengenai keadaan isterinya. Jelas Dr Say, isterinya sudah berjaya buang angin. Pada masa yang sama, Dr Say menjawab persoalan netizen kenapa perlu tunggu isterinya buang angin terlebih dahulu baru boleh keluar dari hospital.

Bunyi remeh tapi selagi tak buang angin tak boleh cabut drip line. Tak boleh makan, tak boleh balik. tak selesa nak menyusu baby. Thank you semua untuk doa.

Di akhir perkongsian, Dr Say menjangka isterinya akan pulang ke rumah esok.

Sumber: Dr Say Shazril

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×