berita

“Buruknya Makeup!” – Korang Yang Kulit Berminyak Kena Amalkan 5 Cara Ni Untuk Makeup Flawless!!!

December 3rd, 2018 | by Farah Adibah
Kini Trendy

Muka berminyak ni selalunya akan beri satu masalah bila kita makeup. Masalah apa? Haa..bila petang je minyak kat muka tu boleh buat goreng telur dan makeup jadi sangat bercapuk.

Boleh hilang mood bila makeup dah tak on point kan? Jadiii admin nak ajar 5 cara yang korang boleh praktis untuk pastikan makeup korang on point sampai malam. Admin tulis ni special untuk korang yang kulit berminyak tau!  

Rajin scrub muka

Mesti ada yang pelik, apa kaitan scrub muka dengan makeup bercapuk kan? Sebenarnya orang kulit berminyak ni diharuskan scrub sekurangnya 2 hingga 3 kali seminggu.

Kulit yang berminyak ni menyebabkan sel kulit mati tak boleh tukar kepada sel yang baru. Sel mati yang melekat kat kulit muka kita ni lah yg buat muka mengalami breakout. Jadiii, bila muka dah tak breakout, makeup akan jadi cantik dan tak bercapuk.

Pastikan moisturizer kering

Nak pastikan makeup tu tak bercapuk dan flawless korang kena pastikan yang pelembap kering dahulu sebelum tempek foundation. Pelembap yang tak kering akan buat foundation cepat merekah. Itu yang jadi garis-garis kat muka.

Pastikan moisturizer korang kering dulu tau, sekurangnya 1 minit tapi kalau ada masa lebih boleh tunggu sampai 5 minit. Sebabnya moisturizer kebanyakkan oil-based, jadi untuk kulit yg cenderung kepada berminyak kenalah tunggu kering dulu. Kalau tak ibarat macam kita tambah lagi minyak kat muka.

Bawak kertas minyak ke mana je!

Ini boleh dikatakan penyelamat kepada semua kawan-kawan admin yang muka berminyak di luar sana. Kertas minyak ni memang akan buat makeup korang boleh tahan sampai malam tau tanpa bercapuk.

Sebab bila kita pakai makeup seharian muka kita akan tetap menghasilkan minyak. Jadi korang kena pastikan yang korang serap balik lapisan minyak atas foundation tu.  Kertas minyak ni takkan hilangkan foundation macam tisu biasa, dia cuma serap minyak je. Jadiiii, tak bercapuk dah lah makeup korang tuuu.

Primer matte di T-zone

Primer ni adalah langkah paling penting dalam makeup, lagi-lagi untuk muka yang berminyak ni. Tapi korang kena pastikan primer korang tu matte tau.

Kenapa kena matte? Sebab kalau matte dia akan kurangkan minyak di muka kita dan bagi makeup tu tahan lama pada bahagian yang berminyak. Korang pakai dekat tempat yg berminyak je. Contohnya di T-zone.

Letak foundation tu berpada-pada ye

Credit : Jenna Marbles

Orang yang mempunyai kulit berminyak jangan sesekali letak foundation banyak pada muka. Sebab terlampau banyak produk akan membuatkan foundation tu merekah dengan cepat.

Percayalah pada Min yang ‘less is better‘. Kalau foundation tu tak full coverage, korang pastikan dulu yang foundation tu betul-betul serap di kulit sebelum tempek lagi foundation. Daaan elakkan letak foundation di bahagian hidung. Tarik je foundation yang dari pipi tu ke hidung.

Korang cuba amalkan apa yang Min share ni, In shaa Allah mesti jadi. Min harap min dapat bantu orang kulit berminyak kat luar sana untuk nampak flawless!

The following two tabs change content below.