berita

Cabar Diri Buat Kelainan – Ini 5 Cara Sambut Tahun Baru 2020 Paling Epik!

December 20th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Tahun 2019 dah makin hampir ke penghujung. Amacam azam tahun 2019 korang? Dah tercapai atau masih kena masukkan dalam buku azam tahun baru akan datang? Apa pun kami yakin semua orang mesti tak sabar menantikan kemunculan tahun baru 2020. Betul tak?

Kalau tahun-tahun sebelumnya sambutan tahun baru korang mesti biasa-biasa je kan. So, sempena menjelangnya tahun 2020 yang dalam berapa hari je lagi ni, kami ada beberapa cadangan best untuk korang cuba. Nak tahu cara sambut tahun baru paling gempak? Baca artikel ni sampai habis ya.

1. Challenge diri buat sesuatu yang korang susah nak buat

Setiap orang mesti ada perkara yang dia tak suka buat atau susah sangat nak buat. Contohnya, ada lelaki yang memang dah lama nak berhenti merokok tapi sampai sekarang tak berjaya dan ada pula perempuan yang suka makan tapi masalahnya tak tahu memasak atau memang malas nak memasak.

Haa… sempena nak masuk tahun baru 2020, apa kata korang cabar diri untuk atasi ‘kelemahan’ yang menghantui hidup korang selama ni. Cuba bayangkan malam tahun baru nanti korang keluar lepak dengan kawan-kawan macam biasa tapi tiba-tiba langsung tak merokok. Mau riuh malam tu tau!

2. Tampil berbeza dengan penampilan baru

Eh, jangan salah faham! Admin bukan nak cakap korang sebelum ni selekeh atau tak bergaya tau. Sebenarnya tak salah pun kalau setiap kali menjelang tahun baru korang cuba buat kelainan untuk penampilan korang.

Misalnya kalau sebelum ni korang asyik pakai baju warna gelap je, boleh cuba warna cerah sedikit asalkan tidak terlalu janggal untuk korang. Tukar gaya rambut pun boleh bikin orang terkejut tau. Pendek kata, setiap tahun korang boleh cuba bereksperimen dengan fesyen, make up dan macam-macam lagi lah!

3. Reward untuk diri sendiri

Takkan asyik tunggu orang bagi hadiah masa birthday je kan? Sekali sekala tu korang kena juga reward diri sendiri dengan sesuatu yang korang suka. Nak tunggu orang lain tunaikan impian dan minat kita pun tak boleh juga sebab kita sendiri je tahu apa yang kita nak.

So, sempena tahun baru 2020 ni, apa kata korang buat sesuatu yang seronok. Contohnya pergi bercuti, beli smartphone baru atau beli makanan kegemaran korang banyak-banyak. Jadikan, ia sebagai ganjaran atau tanda terima kasih korang dekat diri sendiri sebab berjaya harungi tahun 2019 sampai ke penghujungnya!

4. Bersihkan dan deco rumah cantik-cantik!

Rumahku syurgaku, begitulah ibaratnya rumah yang jadi tempat berteduh dan rehat korang. Walaupun zaman sekarang ni korang lebih banyak habiskan masa di pejabat, tapi tak semestinya korang tak perlu hias rumah cantik-cantik. Tak kisah la rumah sendiri atau rumah sewa, bukannya duduk sehari dua je kan?

Elok-elok balik kerja stress dengan jalan sesak dan kerja yang bertimbun, langkah je kaki masuk rumah, confirm terus dapat mood yang berbeza. Memandangkan hujung tahun ni kan banyak sales, boleh la korang spend sikit untuk deco rumah. Kalau malas nak membeli pun, boleh cuba alihkan perabot ke sudut yang berbeza. Sekurangnya nampak ada pembaharuan sikit!

5. Countdown tahun baru 2020 di tempat best

Sebelum ni mungkin korang hanya tonton persembahan bunga api dekat televisyen atau pergi countdown tahun baru di tempat yang sama je sebab malas nak keluar jauh-jauh. Tapi untuk ambang tahun baru 2020 ni kami sarankan korang cari tempat best yang lebih onz!

Bukan apa, sambutan tahun baru ni kadang-kadang boleh buat korang rasa lebih bersemangat untuk memasuki tahun 2020. Dapat tengok bunga api dan luangkan masa bersama kawan-kawan dan keluarga pun boleh jadi pengalaman yang menyeronokkan.

Ambang tahun baru 2020 di Sunway City Kuala Lumpur paling epik!

Ya! Lepas puas kami cari, satu-satunya lokasi pilihan yang team OHBULAN! rasa paling onz untuk sambut ambang tahun baru 2020 ialah di Sunway City Kuala Lumpur. Kalau korang nak tahu, sambutan ambang tahun baru dekat sini memang luar biasa dan lain daripada yang lain sebab ada konsert, persembahan bunga api yang epik dan macam-macam lagi aktiviti menarik yang korang boleh enjoy.

Acara gilang gemilang Amazing 2020 di Sunway City Kuala Lumpur ini turut menampilkan ramai selebriti terkenal seperti Alvin Chong, Midnight Fusic, Kingsman, Karen Kong dan DeFam! Pendek kata memang onz habis wei.

Jom ramai-ramai join kitaorang dekat Sunway City Kuala Lumpur malam tahun baru nanti dan kita countdown sama-sama biar lebih gempak! Bagi korang yang tak berkesempatan untuk ke sana, korang boleh tonton siaran langsung di Facebook OHBULAN! bermula jam 9 malam, 31 Disember 2019. Sebarang maklumat lanjut, layari Amazing 2020 @Sunway City !

 

SKIP THIS AD ×