Seorang bapa yang didakwa merogol dan mencabul tiga anak kandungnya hingga seorang daripada mereka hamil tujuh bulan telah dihadapkan ke mahkamah atas 34 pertuduhan.
Artikel Berkaitan: Penghidap Barah Payu Dara Trauma Jadi Mangsa Gangguan Seksual ‘Ayahanda’ Gatal
Artikel Berkaitan: Terlalu Comel, Budak 2 Tahun Dirogol Jiran – ‘Dia Mengadu Kemaluan Sakit..’
Perbuatan keji itu terbongkar selepas ibu saudara mangsa mendapati perubahan fizikal terhadap mangsa.
Rogol 3 anak kandung, kini hamil 7 bulan
Memetik laporan Berita Harian, tertuduh dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sejak 2012 hingga bulan lalu. Tertuduh, 41, bagaimanapun hanya mengaku bersalah membabitkan 27 pertuduhan.
Susulan daripada itu, tertuduh berdepan 20 pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 iaitu merogol dua anak kandungnya yang kini berusia 17 dan 18 tahun.
Tertuduh turut berdepan 10 pertuduhan mengikut Seksyen 14 (b) yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama dan satu tuduhan bagi Seksyen 14 (a), manakala baki tiga lagi pertuduhan mengikut Seksyen 377D kanun sama.
Manakala, berbaki 7 pertuduhan di mana tertuduh tidak mengaku bersalah ialah lima bagi Seksyen 376 (3), satu pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 377D.
Boleh dipenjara maksimum 654 tahun
Bagi 27 pertuduhan itu, tertuduh boleh dikenakan penjara maksimum 654 tahun dan sebatan 150 kali. Sementara itu, kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun serta 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dan juga tambahan hukuman bagi Seksyen 16 akta sama, penjara lima tahun dan juga dua sebatan.
Seksyen 14 (a) dan 14 (b), boleh penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan serta tambahan hukuman Seksyen 16 (1), penjara lima tahun serta dua sebatan sementara Seksyen 377D penjara sehingga dua tahun.
Tertuduh didakwa merogol dua anaknya sejak mereka berusia sembilan dan 10 tahun di enam lokasi berasingan. Kejadian rogol dan cabul membabitkan anak keduanya yang kini hamil tujuh bulan berlaku sejak 2012 ketika mangsa berusia lapan tahun dan ia berlarutan sehingga Jun tahun ini.
Anak sulung tertuduh pula dirogol dan dicabul ketika mangsa berusia 10 tahun sejak 2015 dan kali terakhir pada 15 Disember 2022. Seorang lagi anaknya yang kini berusia 12 tahun pula dicabul ketika berusia enam tahun dengan kejadian terakhir berlaku pada Oktober lalu.
Difahamkan, bapa mangsa didapati positif dadah.
Sumber: Berita Harian