berita

Cabul Remaja Lelaki, Pendakwah Terkenal Direman Lagi

August 6th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang pendakwah terkenal yang dikenali sebagai Ustaz Budak didakwa terlibat dalam kes cabul serta melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki yang berusia 13 tahun pada Selasa lalu di Tanah Merah, Kelantan.

Didakwa cabul remaja berusia 13 tahun

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, suspek mengadu sakit badan sebelum mencabul remaja lelaki berkenaan pada pukul 8 pagi di sebuah rumah di Tanah Merah.

Mangsa dipercayai telah diminta mengurut badan suspek di ruang tamu rumah sebelum mengajak remaja berkenaan masuk ke dalam bilik kerana bimbang orang lain melihat perbuatan itu.

Lebih mengejutkan lagi apabila berlakunya kejadian yang tidak diingini ketika mereka berada di dalam bilik sehingga mangsa terkejut dan bertindak untuk memberi alasan untuk pergi ke bilik air.

Ujarnya lagi, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Tanah Merah pada pukul 10.44 malam semalam.

Direman selama enam hari

Foto kredit : Kosmo

Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya menangkap suspek di rumahnya di Machang pukul 1 pagi tadi dan direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, pendakwah bebas ini pernah didakwa atas 12 petuduhan dan kesemua mangsa adalah lelaki yang terdiri daripada pelajar, bekas pelajar di pondoknya dah serta seorang ahli perniagaan.

Sumber : Kosmo

SKIP THIS AD ×