berita

Cabutan Bertuah & Diskaun Hebat – Jualan Akhir Tahun Onking Kembali Dengan Lebih Penjimatan!

November 29th, 2019 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Cepat betul masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah hujung tahun kan? Tak terasa masa langsung. Tapi, apa yang admin suka bila hujung tahun mesti ada banyak promosi dan diskaun. Memang ngam sangat kalau korang yang nak pindah rumah tahun depan cari kelengkapan rumah.

Yang penting, korang kena cari barang berkualiti dengan harga terbaik. Barulah boleh dapat penjimatan yang berbaloi. Tapi, nak cari kat mana?

Jualan akhir tahun Onking kembali lagi!

Wah!Korang cari je barang rumah di Jualan Akhir Tahun Onking. Dengar cerita, tahun ni lebih meriah dan lebih banyak diskaun diberikan. Bagi korang yang tak tahu lagi tentang Onking, ia ibarat syurga peralatan elektrik dan kelengkapan rumah.

Onking menawarkan pelbagai barangan elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh, TV LED, penghawa dingin, kipas, periuk nasi, pengisar makanan dan pelbagai lagi. Ada lebih 20 jenama terkemuka yang dipasarkan oleh Onking tau.

Apa yang menariknya tentang Onking, barangan elektrik yang mereka tawarkan bukan saja murah, tapi ianya dijamin original siap dengan waranti sekali.

Diskaun sehingga 50% wei!

Kali ini, Onking tawarkan promosi terbaik di mana korang boleh nikmati diskaun sehingga 50% untuk 500 produk terpilih. Separuh harga tu! Bukan senang korang nak dapat diskaun dan harga istimewa yang macam ni.

Paling best, ada 100 barangan harian ditawarkan pada harga RM1 di bahagian-bahagian terpilih sekitar jualan akhir tahun Onking sepanjang promosi berlangsung.

Cabutan bertuah & demo masakan pun ada!

Selain promosi hebat, korang juga berpeluang memenangi lebih 1000 hadiah istimewa melalui cabutan bertuah. Apa yang korang kena buat cuma berbelanja minimum RM2999 saja. Secara automatik, korang layak untuk sertai cabutan bertuah tersebut.

Cabutan bertuah akan diadakan setiap hari sepanjang event berlangsung iaitu dari 6 hingga 8 Disember ini. Jadi, korang jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah-hadiah istimewa yang mereka sediakan.

Join Cash Grab bila korang spend RM 2,000 Beli Produk Sharp.

Disamping korang dapat join cabutan bertuah, korang juga boleh join Cash Grab. Syaratnya mudah je, korang kena beli produk-produk keluaran Sharp dengan nilai RM 2,000 atau lebih dalam satu resit.

Ingat, dalam satu resit sahaja tau. Jika cukup RM 2,000 maka, secara automatiknya korang akan layak untuk masuk peraduan Cash Grab hasil kerjasama Sharp dengan Onking dan rebutlah sebanyak mana wang tunai yang korang inginkan. Gambateh!

Event yang akan berlangsung selama 3 hari ini turut menampilkan 8 jenama terkemuka antarabangsa seperti Sharp, Philips, Khind, Elba, Pensonic, Panasonic, Midea dan Firenzzi. Mereka akan mengadakan demo masakan khusus buat korang semua. Siap ada free food tasting. Best kan?

Boleh bayar secara ansuran tak?

Mestilah boleh! Paling syok, korang berpeluang untuk menikmati faedah 0% bagi pembelian secara ansuran sempena jualan akhir tahun Onking.

Tambahan pula, apabila korang bayar dan imbas melalui aplikasi Boost dengan nilai serendah RM 100, korang sebenarnya layak menikmati rebat RM 10. Awesome kan?

Tak sabarnya nak shopping!!

Haa… Jualan selama 3 hari ini akan diadakan di bangunan N-Tatt yang terletak di kawasan perindustrian Subang tau. Serbu jangan tak serbu. Sementara stok masih ada!

Onking Year End Warehouse Sales !

Tarikh: 6 – 8 Disember 2019

Masa: 10 pagi – 7 malam

Lokasi: No.2, Jalan TP5, Taman Perindustrian UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

Google Maps: Onking Warehouse

Waze: Onking Warehouse

Tel: 03-8023 8808 / 016-261 5973

Website: Onking

Facebook: Onking

SKIP THIS AD ×