berita

Cadang Sokong Atlet Muslim Sahaja, Tweet Harith Iskander Isu Buy Muslim First Terima Kecaman

September 20th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini, kempen ‘Buy Muslim First’ (BMF) semakin rancak dijalankan sehingga berjaya memberi kesan kepada ramai pihak terutama sekali buat perniaga muslim. Malah Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia kini sudah mempunyai lebih 1 juta ahli di Facebook.

Terbaru, Harith Iskander membuat satu tweet dimana dia seolah-olah menyindir mereka yang menyokong BMF agar tidak lagi menonton semua program bola sepak kerana ia bukan produk Muslim.

Hentikan menonton SEMUA sukan

Tweet ini menerima kecaman hebat netizen yang rata-ratanya menganggap Harith Iskander cuba mempersendakan kempen tersebut. Malah ramai tidak bersetuju apabila dia mengeluarkan kenyataan ‘Buy Muslim Product Only’ dan bukannya Buy Muslim First yang membawa dua maksud berlainan.

Tak kurang juga ada menganggap Harith sengaja mahukan populariti dan menyindirnya sebagai “Worlds Funniest Deodorant”.

Dikecam netizen

No komen – Harith Iskander

Menerusi Harian Metro, pelawak dan pengacara popular ini enggan mengulas lebih lanjut mengenai kenyataan yang dibuat olehnya selepas dihubungi pihak HM.

Kalau nak cakap mengenai ‘tweet’ saya tu, my official comment is no comment. Ramai dah contact saya. Thanks anyway.

Kebanyakan netizen menyifatkan tindakan Harith kurang bijak dan ia bukan perkara kelakar. Sehingga ke hari ini, tweet itu masih tidak dipadam dan tidak mendapat respon dari Harith Iskander sendiri.

Sumber : Harith IskanderHarian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×