berita

Cadbury Ajak Bantu Peniaga Tempatan Dengan Kongsikan Gerai Kuih Kegemaran Korang di Instagram!

August 19th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Malaysia ni terkenal dengan makanan dan kuih muih yang sememangnya enak-enak belaka. Tak kiralah sarapan pagi, minum petang, kenduri kendara ataupun apa-apa majlis tak sah kalau tak ada kuih muih, dipadankan pula dengan kopi atau teh o panas. Fuh, memang layan!

Cakap pasal kuih ni teringat pula gerai mak cik jual apam balik dan pak cik jual bingka pandan kegemaran admin. Dari kecil sampailah sekarang, kalau balik kampung mesti singgah gerai ni. Kuih mereka memang takde siapa boleh challenge! 

Tapi sejak pandemik ni, boleh kata ramai peniaga gerai-gerai kecil ni terkesan dan terjejas dari segi pendapatan. Prihatin dengan nasib penjual kuih tempatan, Cadbury Dairy Milk Malaysia tampil menyokong penjual kuih tempatan dengan mewujudkan ruang digital untuk mereka melalui iklan berbayar di Instagram dengan menggalakkan rakyat Malaysia berkongsi gambar gerai kuih kegemaran mereka di Instagram!

Jom kami kongsikan macam mana korang boleh turut serta!

Jom bantu gerai kuih kegemaran korang!

123rf

Kalau korang nak tahu, usaha ini adalah sebagai tanda penghargaan Cadbury Dairy Milk Malaysia kepada peniaga-peniaga kuih tempatan agar mereka dapat meneruskan perniagaan di waktu sukar ini, sekaligus mempromosikan perniagaan mereka melalui sosial media dengan hashtag #MyCadburyFlavours.

Jadi, lepas ni kalau korang teringin nak makan kuih muih, korang boleh skrol Instagram dan guna je hashtag #MyCadburyFlavours, lepas tu cari je gerai yang berdekatan dengan korang. Kan mudah tu! Lagi bagus kalau korang turut serta dan kongsikan gerai kuih muih kegemaran korang!

Untuk menyertai, korang hanya perlu ikuti langkah-langkah mudah ni:

1. Kongsi gerai atau vendor kuih tempatan kegemaran korang dengan hashtag #MyCadburyFlavours dan tag @Cadbury_MY

2. Pinkan lokasi gerai (jika ada) atau sertakan nama dan lokasi gerai dalam kapsyen korang
    Contoh: Nyonya Kuih Muih Mak Yah, Subang Jaya

3. Lagi mudah kalau korang sertakan butiran yang jelas supaya orang mudah untuk mencari lokasi gerai dan menikmati kuih kegemaran mereka.

Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa, diilhamkan oleh rasa tempatan!

Cadbury bukan lagi jenama yang asing dan sudah sebati dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia selama berpuluh-puluh tahun lamanya. Oleh itu, Cadbury ingin meraikan cita rasa Malaysia dengan memperkenalkan perisa terbaru iaitu Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa edisi terhad yang diinspirasikan dari kuih-kuih tempatan Malaysia.

Kombinasi unik coklat kegemaran korang dengan pandan yang harum dan kelapa yang beraroma, pasti akan membangkitkan rasa yang lain dari yang lain. Korang boleh dapatkan Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa ini di kedai berdekatan korang ataupun di Shopee.

Jadi, apa lagi tunggu, sambil korang nikmati Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa tu, jangan lupa sertai Cadbury dengan berkongsi gerai kuih berdekatan korang di media sosial bersama #MYCadburyFlavours supaya perniagaan mereka lebih dikenali dan mendapat sokongan.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, layari Facebook dan Instagram Cadbury Dairy Milk Malaysia.

SKIP THIS AD ×