berita

Caj RM600 Untuk Main Muzik Di Majlis Keraian Atau Perkahwinan – MRM

January 19th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Music Right Malaysia (MRM) dalam satu kenyataan memberitahu semua majlis keraian atau perkahwinan yang memainkan alat muzik akan dikenakan lesen. Tidak kira sama ada secara rakaman mahupun langsung, bayaran sebanyak RM600 diperlukan.

Notis umum dari MRM

Menerusi laporan Utusan Malaysia, MRM memberitahu lagi memainkan muzik tanpa lesen menyalahi undang-undang Akta Hakcipta 1987.

Ini kerana, tindakan itu dianggap sebagai menafikan bayaran terhadap penggunaan harta intelek yang dimiliki pengkarya muzik, syarikat rakaman dan artis rakaman.

Oleh itu, sila pastikan acara perkahwinan yang memainkan muzik dalam bentuk rakaman atau secara langsung mendapatkan lesen muzik daripada MRM.

Berkuatkuasa 1 Januari 2017

Malah berkuatkuasa pada 1 Januari 2017, MRM bertanggungjawab sebagai pelesen tunggal oleh agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ketika itu, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mengeluarkan lesen muzik dan kutipan bayaran di negara ini

Sumber : Utusan Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×