berita

‘Cakap-Cakap Buruk Orang Adalah Pahala Untuk Saya’ – Aliff Aziz Respon Video Ditahan Polis

November 13th, 2019 | by faris
Kini Trending

Selebriti Singapura Aliff Aziz sekali lagi menjadi perhatian apabila videonya yang didakwa mabuk viral di laman sosial baru-baru ini. Aliff dalam video berkenaan kemudian ditangkap polis negara itu ketika dia sedang cuba melepaskan diri. Aliff bercakap kepada Harian Metro menerangkan apa yang terjadi dalam video tersebut.

Dapat sokongan ibu

Ibu Aliff, S Hafiza Basharahil memuatnaik video di Facebook mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghantar mesej motivasi kepada anaknya itu dan percaya masih ramai orang baik hati di dunia.

Saya banyak terima DM yang sangat prihatin dengan saya. Saya ingin ucapkan terima kasih dari lubuk hati. Sekurangnya saya tahu ramai lagi yang berhati mulia di dunia ini.

Banyak pengajaran yang patut saya belajar tahun ini. Harapnya saya boleh jadi lebih kuat lepas ni dengan adanya sokongan dari keluarga.

Tak ingat apa berlaku

Menurut bapa anak satu ini, dia sendiri tidak sedar ketika kejadian dan memilih untuk menutup mulut berhubung insiden berkenaan lantaran terlalu banyak versi diceritakan.

Saya pun tak ingat apa yang terjadi waktu itu. Saya juga tak nak jelaskan lebih lanjut sebab sudah banyak cerita yang keluar.

Apa boleh dikatakan, ia sangat berat untuk saya secara spiritual mahupun mental. Tapi, Insya Allah, selagi bernyawa saya akan teruskan hidup.

Berterima kasih atas DM

Aliff juga menceritakan menerima kiriman mesej menerusi direct message (DM) dan mengucapkan terima kasih atas doa yang dititipkan kepadanya.

Saya ada juga terima DM yang sangat ambil berat. Dari lubuk hati yang dalam, saya nak ucapkan terima kasih. Sekurang-kurangnya masih ada orang yang baik hati. Teruskan berdoa yang baik-baik.

Tahun ini saya sudah lalui banyak perkara dan cabaran. Saya berharap akan lebih kuat dengan adanya sokongan daripada keluarga, ayah, adik dan umi.

Ujarnya lagi, dia enggan membalas kembali lemparan caci maki kepadanya kerana menganggap itu adalah ganjaran pahala.

Kita tak nampak dosa pahala kita. Begitu juga saya sendiri. Tapi, saya berharap apabila di akhirat kelak kita mendapat ganjaran besar. Walaupun kita tak buat di dunia, tapi cakap-cakap buruk orang terhadap saya adalah pahala untuk saya.

Sumber: Harian Metro, S Hafiza Basharahil

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×