berita

Cakar Pipi & Pukul Bayi 11 Bulan, Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah

May 27th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang pengasuh wanita Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Melaka didakwa menganiaya seorang bayi perempuan berusia 11 bulan sehingga cedera.

Cakar pipi & pukul mangsa

Sekadar gambar hiasan

Tertuduh yang bernama Nabilah Md Johan itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Jumaat. Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin, wanita berkenaan hanya mampu mengangguk faham sahaja, namun mengaku tidak bersalah.

Berdasarkan pertuduhan, pengasuh tersebut dituduh mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 di mana dia didakwa menganiaya seorang bayi berusia 11 bulan dengan mencakar pipi sebelah kiri serta memukul badan mangsa dengan menggunakan tangan. Kejadian terbabit berlaku di Taska Ummi Ana di Taman Seri Telok Emas, Melaka pada 18 Mei lalu.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari mencadangkan supaya tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu dia tidak boleh mengganggu mangsa. Namun, peguam bela yang mewakili tertuduh membantah jumlah jaminan yang ditawarkan.

Jumlah jaminan yang ditawarkan terlalu tinggi, mohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang munasabah. Penjamin adalah ibu tertuduh sendiri.

Tertuduh tidak boleh ganggu saksi

Walau bagaimanapun, selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Hakim menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai.

Susulan daripada itu, mahkamah memutuskan 23 Jun 2022 sebagai tarikh sebutan semula bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa serta serahan dokumen.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×