
Penyanyi Indonesia Cakra Khan memberitahu bahawa dia sanggup untuk mengeluarkan wang perbelanjaan demi -kebajikan dan kesihatan kucing-kucing peliharaannya.
Artikel Berkaitan: Cakra Khan Borong Mi Segera Perisa Kari
Artikel Berkaitan: Cakra Khan Divine Concert Dimeriahkan Dengan Marsha Milan, Ade Govinda & Ramai Lagi!
Kasih sayang & tanggungjawab

Ketika ditemui OhBulan!, Cakra memaklumkan bahawa kucing-kucing peliharannya akan dihantar ke pusat perubatan haiwan untuk mendapatkan rawatan yang secukupnya.
Tambah penyanyi berusia 33 tahun itu, dia tidak memandang jenis baka namun, mengutamakan tanggungjawab sebagai seorang manusia.
Kalau betul sayang haiwan, kita tak perlu lihat pada baka.
Saya pelihara semua jenis kucing jalanan. Yang penting mereka sihat dan selamat bersama saya.
Saya yakin, ketika kucing itu ada di rumah saya, itu adalah bahagian rezeki untuk mereka.
Cakra berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Cakra Khan Divine Concert di Alila Bangsar baru-baru ini.
RM6,000 sebulan

Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Kekasih Bayangan’ itu mendedahkan jumlah wang yang dibelanjakan untuk 30 ekor kucing peliharaannya.
Ujar Cakra, dia tidak risau dengan masalah kewangan kerana yakin kucing-kucing tersebut memberi rezeki kepadanya.
Saya tak pernah takut kehabisan wang untuk merawat mereka kerana saya percaya pasti akan ada jalan.
Untuk kos rawatan, mungkin dalam RM6,000.
Termasuk makanan harian, pemeriksaan veterinar mingguan, rawatan kesihatan serta pembelian kelengkapan khas.








