
Penyanyi terkenal dari Indonesia, Cakra Khan berjaya menamatkan konsert solonya, ‘Cakra Khan Divine Concert’ yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: Cakra Khan Divine Concert Dimeriahkan Dengan Marsha Milan, Ade Govinda & Ramai Lagi!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cakra Khan Umum Rehat Daripada Konsert Solo, Fokus Cipta Lagu Baharu – ‘Saya Akan Kembali Dengan Karya Lebih Baik’
2,500 peminat hadir

Dengan kehadiran lebih daripada 2,000 orang penonton, pelantun lagu ‘Harus Terpisah’ itu berjaya menyajikan konsert berdurasi selama dua jam atas kerjasama anjuran Shiraz Project.
Pembukaan konsert ‘Cakra Khan Divine Concert’ ini dimulakan dengan lagu berjudul ‘Setelah Kau Tiada’, ‘Persinggahanmu’, dan ‘Mencari Cinta Sejati’.
Konsert ini turut dimeriahkan dengan penyanyi jemputan yang merupakan bakat dari program nyanyian One In A Million iaitu Trio XL yang mendendangkan lagu yang berjudul ‘Rindu Tak Bersuara’. Selain itu, penyanyi kelahiran Indonesia Titi DJ turut bersama pada malam itu dengan menyajikan lagu berjudul ‘Layar’ dan ‘Sang Dewi’ nyanyian asal oleh Lyodra.
Di samping itu, juara AJL-39 iaitu Marsha Milan turut bersama-sama pada malam ‘Divine Konsert Cakra Khan’ dengan lagunya ‘Seluruh Cinta’ dan ‘Hening Rindu’. Tidak ketinggalan, penyanyi dan komposer terkenal, Ade Govinda membawa lagu popularnya ‘Masing-masing’, ‘Hal Hebat’, dan ‘Kamu Adalah’.
Peminat yang hadir pada malam konsert istimewa itu turut terhibur dengan 23 buah lagu yang dimainkan.
- Setelah Kau Tiada
- Persinggahanmu
- Mencari Cinta Sejati
- Kau Memilih dia
- Salah Tapi Baik
- Nanti
- Rindu Tak Bersuara
- Adalah Aku
- Tak Sejalan
- Layar
- Take The pain
- Cahaya
- Seluruh Cinta
- Kepada Hati
- Terlanjur Cinta
- Masing-Masing
- Hal Hebat
- Kamu Adalah
- Mencintaimu
- Treasure, Never Felt So Good, September
- Kekasih Bayangan
- Harus Terpisah
- I will Always Love You







![[VIDEO] Anak 1 Tahun 6 Bulan Ditinggalkan Sendiri, Ayah Pantau Guna CCTV Ketika Bekerja](https://asset.ohbulan.com/2026/07/anak-2-tahun.jpg)
