berita

Campak Bayi Dalam Sungai Sebelum Buat Laporan Anak Diculik

October 27th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Malang nasib yang menimpa seorang bayi apabila si ibu bersama teman lelakinya bertindak memukul bayi itu sehingga mati. Lagi menyedihkan mayat bayi itu diletakkan di dalam satu beg plastik sebelum dibuang ke dalam sungai. Kejadian ngeri ini berlaku di bandar Chelyabinsk, Rusia. Kejamnya!

Dibuang ke dalam sungai

Foto: Mirror UK 

Memetik laporan Mirror UK wanita yang dikenali sebagai Tatiana Pupishina bersama teman lelakinya Yevgeniv Gavrilov telah bertindak mendera anaknya Nikita, berusia tujuh bulan sehingga mati sebelum dibuang ke dalam sungai. Hasil siasatan pihak polis mendapati, pasangan ini mendera Nikita sehingga mati di rumah mereka.

Ketika kejadian, Nikita ketika itu sedang tidur sebelum Yevgeniv yang mabuk ketika itu terjatuh di tempat tidurnya. Nikita yang tidak tahu akan apa-apa, menangis kerana terkejut dengan insiden tersebut. Lepas Nikita menangis, Yevgeniv bertindak memukul Nikita di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan dia meninggal dunia. Tambahan pula, pihak polis turut mendapati bayi itu telah meninggal dunia selama tiga hari sebelum pasangan ini bertindak membuang Nikita ke sungai.

Tambahan pula, beg plastik yang mengandungi mayat Nikita ketika itu turut diletakkan beberapa ketulan batu bagi mengelakkan daripada mayatnya terapung. Beg plastik tersebut turut diletakkan beberapa beg yang mengandungi  pakaian Nikita.

Bayi tiba-tiba ‘diculik’

Foto:  Mirror UK 

Setelah Nikita dibuang ke dalam sungai, Tatiana bertindak membuat laporan polis bagi mengaburi tindakan kejamnya dan menyatakan anaknya telah diculik oleh orang lain. Namun, ketika disoal siasat pihak polis mendapati Tatiana ketika itu berbohong dan mereka cerita terhadap apa yang telah terjadi.

Pada hari Jumaat lepas, pihak berkuasa telah berjaya menjumpai mayat Nikita setelah diberitahu akan lokasi di mana Nikita dibuang. Kini, pasangan tersebut berhadapan dengan tuduhan membunuh kanak-kanak bahawa umur.

Sumber: Mirror UK 

SKIP THIS AD ×