Menurut laporan yang dipetik dari Utusan Online, Bella telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras selepas dipukul suaminya sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka dan lutut.

Mencampak telefon bimbit ke muka isteri

Bella yang ditemani ibunya telah pergi ke pusat hiburan tersebut selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain. Mangsa yang berasa tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti.