berita

‘Can I Advise You Something?’ – Ini Sebab Drama Band Paling ‘Makan Dalam’ Semalam

February 10th, 2020 | by faris
Kini Trending

Anugerah Juara Lagu 34 berlangsung meriah pada malam Ahad dan mengangkat Sumpah nyanyian Naim Daniel sebagai yang terbaik. Tidak ketinggalan mencuri tumpuan malam semalam adalah persembahan lagu Drama oleh Drama Band yang dikatakan menyindir beberapa isu viral sepanjang tahun lepas.

Penuh drama media sosial

Antara isu yang menjadi modal persembahan band berkenaan semalam adalah penampilan seorang wanita dengan selempang membuat catwalk yang dipercayai dikaitkan dengan bekas Dewi Remaja Haneesya Hanee. Sambil persembahan diteruskan, seorang lelaki dengan imej kaca mata dan berjaket kulit pula membuat muncul, dikatakan memerli penyanyi Haqiem Rusli yang panas dengan isu depresi suatu masa dulu.

Pendakwah bebas buat hal pun kena

Tidak ketinggalan menjadi ‘bahan’ drama persembahan adalah karakter lelaki yang meninggalkan wanita pertama bersamanya dan pergi bersama seorang wanita lain, dikatakan menyerupai kisah PU Abu. Masih mengaitkan isu berkaitan pendakwah bebas, penampilan lelaki bersongkok dengan simbol tangan seakan Da’i Farhan turut menggamatkan stadium.

‘Can I advise you something?’

Paling ‘win’ adalah apabila sepasang watak dengan si isteri membawa beberapa beg tangan dan suami lengkap bersut muncul di atas pentas. Vokalis band berkenaan, Aepul Roza kemudian menyebut ‘Can I advise you something?’. Kata-kata berkenaan didakwa berkait dengan rakaman suara perbualan telefon bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumber: TV3Malaysia, Twitter

The following two tabs change content below.