berita

Can Tho, Destinasi Terbaik Buat Pengembara Yang Mencari Pengalaman Rare!

October 24th, 2019 | by Danial
Travelogue

Baru-baru ini, kami di OHBULAN! berpeluang menjejakkan kaki ke salah sebuah pekan terbesar di Vietnam yang jarang diterokai pelancong dunia iaitu Can Tho. Walaupun ia bukanlah destinasi perlancongan yang terkenal, Can Tho merupakan sebuah pekan terbesar di Delta Mekong, dan berada di bahagian selatan Sungai Hau.

Boleh dikatakan Can Tho pasti akan memberi pengalaman yang unik dan berbeza dari pengalaman yang korang boleh dapatkan seperti di bandar-bandar besar lain di Vietnam.

Apa yang menarik sehingga menjadikan destinasi ini istimewa buat korang? Jom baca informasi di bawah!

Pertama kali kami sampai di Airport Can Tho, suasana airport ini boleh dikatakan agak sunyi. Ia agak rare sebab jarang kami dapat lihat airport yang tidak sibuk seperti di sini. Proses melalui imigresen sangat mudah dan semuanya berjalan lancar.

Keluar dari airport, kami terus mencari teksi untuk bawa kami ke hotel yang telah kami book semasa di Malaysia lagi. Tips untuk korang cari teksi, pastikan teksi korang itu menggunakan meter. Paling senang, korang akan nampak satu booth teksi yang sudah menanti pelancong yang ingin menggunakan khidmat mereka apa bila keluar dari pintu utama airport.

Hari pertama kami sampai di Can Tho, kami check in di Hotel West yang berada betul-betul di sebelah Sungai Hau. Jarak hotel ini dari airport Can Tho hanya lebih kurang 20 minit. Kalau korang naik teksi, anggaran harga teksi hanya sekitar VND 170,000 – 200,000.

Kelebihan apabila korang stay di hotel yang berdekatan dengan Sungai Hau adalah ia dekat dengan pelbagai tempat yang menjadi tarikan di bandar Can Tho.

Lepas check-in, bermulalah pengembaraan kami kat sini. Ini lokasi yang kami sempat kembara pada percutian singkat tersebut.

1. Mekong Delta

Mekong Delta mempunyai sejarah tersendiri yang terkait dengan lagenda ‘sembilan kepala naga’. Ia juga adalah sebahagian dari Sungai Mekong yang merupakan antara sungai terpanjang di dunia. Sungai ini menyusuri beberapa buah negara seperti  China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja termasuklah Vietnam. Excited betul kami bila berpeluang tengok secara dekat budaya hidup mereka di sini.

2. Tour Sampan ‘Private’

Untuk korang yang tak pernah rasa dan nak cuba pengalaman naik sampan sambil tour beberapa kawasan kat sini, kami cadangkan korang untuk cuba aktiviti ini. Jadi kami pun mula menjelajah Delta Mekong menaiki sampan ‘private‘. Kami sebenarnya dah deal dengan seorang tour guide di Can Tho sebelum kami sampai lagi.

Jadi masa kat sini, mudahlah sikit urusan kami. Dengan harga VND 1,000,000, korang akan dapat naik sampan ‘private’ dan dibawa oleh tour guide ke beberapa tempat tarikan yang ada di sekitar Delta Mekong. Bukan itu je, nak tahu.. Haaa sambung baca lagi.

Korang boleh cuba contact Susan, tour guide kami di sana yang sangat baik dan peramah.  Susan namanya. Klik sini.

3. Cairang Floating Market

Kawasan pertama kami melawat di sini ialah Cairang Floating Market setelah 20 minit perjalanan menaiki sampan dari Ninh Kieu Wharf  (jeti untuk sampan dan bot kat sini) . Kawasan pasar terapung ini sangat terkenal di Sungai Mekong.

Aktiviti membeli dan menjual barangan di sini sama seperti di pasar harian kita di Malaysia, cuma yang uniknya adalah semua aktiviti tersebut berlaku di atas sampan atau bot mereka masing-masing. Pelbagai barangan dijual seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Malah kalau korang lapar atau dahaga, ada juga antara peniaga di sini yang menjual makanan mahupun minuman di atas sampan mereka. Buat orang Islam, pastikan makanan tersebut halal ya.

Bila korang sampai dengan sampan ‘private’, hanya tinggal order dan semua siap terhidang untuk korang. Fuhhh.. Dasyat jugak kami tengok diorang ni berniaga.

3. Kilang Pho Noodles

Next, tour guide kami bawa kami ke sebuah kilang pembuatan noodle. Perjalanan menaiki sampan sekitar 20 minit dari Cairang Floating Market. Kat sini barulah kami dapat tengok cara pembuatan noodles yang popular dari Vietnam.

Yang best-nya, kalau korang berminat nak try cara buat Pho Noodles ni. Bos dia sendiri yang akan ajar korang cara nak buat noodle tu. Mereka sangat peramah dan mesra pelanggan lah orang kata.

Selesai kami belajar cara nak buat Pho Noodles, kami naik sampan ‘private’ semula untuk melawat kawasan seterusnya.

4. Kilang Koko Organik

Next, kami singgah di sebuah Ladang Koko. Apa yang menariknya, korang boleh pusing satu ladang dan  akan diterangkan tentang cara pembuatan koko di sini secara percuma je. Dah penat-penat pusing ladang, kita perkena Koko Ais pulak.

Selain itu, dapat jugak merasa pecahkan buah koko dan rasa sendiri apa rasanya buah koko. Ini percuma!

Haaa kalau korang nak bawak balik Serbuk Koko pun ada dijual. Boleh beli di kaunter yang disediakan serendah VND 70,000 sebotol.

5. Kilang Coconut Candy

Kami sambung naik sampan, dan menuju ke sebuah kilang pembuatan Coconut Candy. Coconut Candy ini ialah gula-gula tradisional mereka di Vietnam. Ada macam-macam flavour kat sini seperti durian, pandan, kopi dan banyak lagi.
Dapatlah kami bawak balik beberapa bungkus Coconut Candy. Harga sebungkus hanya VND 5,000. Setelah 4 jam menjelajahi Delta Mekong, akhirnya selasai tour kami di sungai yang besar ini. Lalu kami melawat pula beberapa tempat lagi yang menarik di bandar Can Tho pulak.

6. Ninh Kieu Wharf

Ninh Kieu Wharf ialah jeti kepada sampan dan bot yang beroperasi di sini. Di kawasan ini, korang akan menemui taman hijau yang selari dengan jalan Hai Ba Trung, pasar malam, banyak restoran, hotel, patung Uncle Ho dan pemandangan indah.
Ia terletak di tebing Sungai Hau, yang merupakan anak sungai Sungai Mekong, dan menjadikan tempat yang popular untuk menonton matahari terbenam.

7. Munireangsey Pagoda

Kuil tua yang berwarna emas ini dibina sekitar tahun 1946 dan terletak di Hoa Binh Street bertujuan untuk kaum Khmer (etnik Kemboja). Sekarang ini, kuil ini telah dibaik pulih dan dibina menjadi semakin besar.
Semasa kami masuk ke kuil ini, kami di sambut baik oleh penjaga kuil dan penduduk tempatan. Boleh dikatakan mereka sangat peramah.

8. Muzium Can Tho

Muzium ini terletak di Ninh Kieu District, Can Tho. Tempat ini dibina sekitar tahun 1976 dan menyimpan pelbagai khazanah serta artifak lama yang secara jelas menggambarkan gaya serta budaya kehidupan penduduk di Can Tho pada zaman dulu.
Ada macam-macam barang rare yang korang boleh jumpa dalam muzium ini. Termasuklah peralatan sewaktu zaman Vietnam berperang dahulu. Sangat eksklusiflah!

9.  Ninh Kieu Night Market

Ninh Kieu Night Market ialah tempat membeli belah tarikan untuk penduduk di Can Tho dan juga pelancong. Pasar yang terletak di Ninh Kieu Quay ini akan sibuk dengan ramai orang yang membeli belah setiap hari menjelang petang.
Pasar ini menjual pelbagai barangan dari pakaian hingga makanan. Sesuailah buat korang yang nak mencari cenderahati buat keluarga di tanah air.

Pesanan Untuk Penggemar Kopi!

Untuk penggemar kopi, kami rasa di sinilah antara tempat yang korang boleh merasa kopi yang paling sedap. Sepanjang kami di sini, hampir setiap kali makan kami akan disajikan dengan air kopi yang tak mungkin kami dapat lupakan ini.

Bagi kami, air kopi ini mempunyai rasa yang sangat rare dan antara minuman yang korang patut cuba bila korang sampai di sini.  Sebenarnya, admin bukanlah peminat kopi sangat, tapi bila dah cuba terasa macam nak lagi. Tak taulah apa ramuan rahsia nak buat kopi ini sebenarnya. Korang wajib cuba!

Terima Kasih Air Asia Untuk Pengalaman Rare Ini!

 

Maka tamatlah pengembaraan kami OhBulan di Can Tho, Vietnam. Terima kasih yang tak terhingga untuk Air Asia yang telah menaja penerbangan kami ke sana. Korang yang nak rasa pengalaman seperti yang kami rasa, kami cadangkan korang buka laman web Air Asia untuk maklumat penerbangan ke Can Tho. Dapatkan tiket dengan harga yang murah sahaja.

Admin bercadang nak pergi lagi sebab rindu rasa air kopi sampai termimpi – mimpi. Kalau korang nak tau pasal perjalanan penerbangan Air Asia yang lain, dan pelbagai promosi yang menarik dari Air Asia, tekan je sini.

Sampai di sini dulu cerita kami, korang dah boleh survey hotel mana korang nak stay di sana ya! Bye!

 

 

 

SKIP THIS AD ×