berita

Cantik Bukan Segalanya – Nora Danish Respon Kritikan Peminat

May 9th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

nora danish-4

Seronok betul jadi selebriti. Pantang ada masa terluang, pasti akan dinikmati dengan melancong ke tempat-tempat menarik bersama teman atau insan tersayang.

Khabarnya, pelakon yang cukup sinonim dengan ungkapan ‘kita enjoy’, Nora Danish kini bercuti lagi, kali ini ditemani rakan-rakannya.

Melalui foto yang dimuat naik oleh Nora melalui laman Instagram miliknya, ada peminat mengatakan pelakon jelita itu dipercayai sedang bercuti di Koh Lipe, Thailand.

nora danish-2

Bagaimanapun, sedang elok kami membaca komen-komen yang ditinggalkan oleh peminat aktres jelita ini, kami terpandang satu komen dari seorang follower yang bertindak mengkritik wajah jelita Nora yang tidak mengenakan sebarang make-up.

Lalu, berlakulah sedikit pertengkaran di laman Instagram Nora kerana ada segelintir peminatnya tidak berpuas hati dengan komen tersebut.

Mungkin kerana enggan membiarkan perkara itu berlarutan, Nora telah membalas komen tersebut dan menjelaskan kecantikan bukanlah segala-galanya.

Screen Shot 2014-05-08 at 10.00.09 PM Screen Shot 2014-05-08 at 10.00.31 PM

Malah, Nora turut menasihati peminatnya supaya tidak membeza-bezakan antara manusia dan mengingatkan bahawa cantik akhlak itu yang terbaik.

Ada betulnya juga kata-kata Nora, maklumlah rupa paras seseorang itukan anugerah dari Allah. Apapun, untuk anda yang meminati Nora, disini kami kongsikan beberapa foto menarik hot mama ini bersama rakan-rakannya.

 

SKIP THIS AD ×