Personaliti TV3, Ezreena Amir Hamzah kini tampil dengan imej berhijab sepenuhnya sejak 1 Mac lalu. Lebih menggembirakan, tarikh 1 Mac tersebut merupakan hari peristiwa Israk dan Mikraj. Berkongsi cerita di laman Instagram, penyampai berita TV3 itu mengakui sudah lama berhasrat untuk mengenakan hijab namun, masih belum terbuka hati ke arah penampilan sebegitu sebelum ini.
Apa yang buat saya berubah?
Sebenarnya dah lama pasang niat, tapi hati tak terbuka lagi. Tudung ada lah sehelai dua, spare kalau ada assignment yang memerlukan memakai tudung. Brooch? Satu je. Itupun dah hilang. Awal Februari lalu, saya dikejutkan dengan berita salah seorang abang saya jatuh sakit. Sakit yang menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Kemudian dihantar ke hospital, dan terus dipantau sehingga lah hari ini. Hakikatnya keadaan abang tidak begitu baik. Setiap hari saya berdoa, sungguh-sungguh. Saya berdoa sehingga menangis di sujud terakhir mahukan abang dipanjangkan usia, sembuh dan kembali ke kehidupannya. I was so helpless, that no one can stay by his side, waiting for him at the hospital. Hanya doa je yang kami mampu lakukan.
Menurut Ezreena, sudah lama dia mempunyai niat untuk memakai tudung namun, pada masa itu hatinya belum terbuka lagi. Pada bulan Februari, Ezreena memberitahu dia mendapat berita sedih apabila abangnya jatuh sakit dan lumpuh separuh badan. Sejak itu, dia cuba untuk berubah dan mengambil langkah untuk memakai tudung.
Saya tanya pada tuhan, apa yang boleh saya buat untuk bantu abang saya dan saya sanggup berubah jika itu boleh membantu. Tapi saya masih lagi teragak-agak untuk memakai hijab, bimbang jika saya belum bersedia. Seminggu dua selepas itu, walaupun abang masih belum stabil, tapi Allah swt masih memanjangkan usianya. Allah swt beri peluang untuk dia pulang bersama kami di rumah. Setidak-tidaknya boleh juga meneman dia, dan berikan sokongan emosi. Saya juga ada berdoa pada Allah swt, untuk memudahkan Zill bercakap, berinteraksi dengan baik dan mendapat manfaat di taska baru. Pun Allah dah kabulkan. Hari demi hari ada je perubahan baik yang Zill tunjukkan. Lantas nikmat Tuhan yang mana lagi saya dustakan?
Dia tidak pernah memaksa
Dia yang tidak pernah memaksa, tapi sentiasa berharap untuk saya. Dia yang tidak pernah menyindir, tapi sentiasa berdoa untuk saya. Dia yang sentiasa sabar, beri saya ruang dan waktu untuk berubah. Dia yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk saya. Semoga Allah SWT balas segala kebaikan awak selama ini, yang sentiasa ikhlas menyayangi saya. Thank you daddy. You are one of the greatest thing in my life.
Sementara itu, Ezreena turut memberitahu bahawa suaminya tidak pernah memaksanya untuk memakai tudung sebaliknya, sentiasa berdoa agar dirinya mempunyai ruang dan waktu untuk berubah.
Sumber: Ezreena