Penampilan selebriti media sosial, Ira Kazar selepas ditata rias oleh seorang jurusolek menuai perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ira Kazar Tak Terfikir Nak Kahwin Lagi, Bahagia Dengan Kehidupan Sekarang – ‘Buat Masa Sekarang, Saya Tak Terima Pinangan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ira Kazar Kongsi Keadaan Selepas Menjanda, Beri ‘Hint’ Bakal Bergelar Penyanyi? – ‘Saya Banyak Buat Review Produk’

‘Cantiknya Ira’

Menerusi hantaran di TikTok, jurusolek yang dikenali sebagai Fatimah Jamal berkongsi hasil solekannya pada wajah Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin.

Gaya solekan yang sesuai untuk majlis akad nikah itu menonjolkan kejelitaan dan keayuan Ira sekali gus menaikkan seri di wajahnya.

Anak kepada pelakon, Kazar Saisi itu juga dilihat menyarung busana serba putih persis wanita yang bersedia untuk dinikahi.

Dalam pada itu, jurusolek berkenaan turut berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Ira sebagai model untuk mempromosikan bisnesnya.

Ira sangat baik, humble dan sopan orangnya. Bukan senang nak jumpa orang yang tak kedekut ucap terima kasih.

Jadi, kita sebagai manusia jangan cepat menilai.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen memuji kecantikkan Ira dan tidak menafikan dia memiliki wajah yang manis.

Sumber: TikTok