berita

Caprice Batal Buat IG Live Malam Ini

July 21st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Terbaharu, penyanyi rap, Caprice memohon maaf kerana dia terpaksa membatalkan sesi Instagram Live pada pukul 10 malam ini.

Artikel berkaitan : ‘Harap Kita Dapat Tutup Buku’ – Caprice Tetap Teruskan Sesi IG Live Malam Ini

Artikel berkaitan : Akui Terlalu Emosi, Caprice Mohon Maaf

Artikel berkaitan : Azeez Rahim Agih Bantuan Di Kem Pelarian Gaza, Netizen Tanya Caprice Tak Ikut Ke?

Tak jadi buat Live malam ini

Caprice memberitahu bahawa dia tidak dapat untuk membuat Live seperti yang telah dijanjikan kerana terdapat individu yang telah membuat laporan polis terhadap dirinya.

Minta maaf guys, ada orang yang sudah buat laporan polis dan Caprice tak dapat buat Live pukul 10 malam ini. InsyaAllah kebenaran akan terbongkar dengan sendirinya.

‘Saya penat’

Walau bagaimanapun, Caprice turut mengatakan bahawa dia telah meminta maaf kepada pihak yang terlibat kerana tidak mahu keruhkan lagi keadaan, namun dia berasa kecewa dengan sesetengah pihak yang telah menggunakan kuasa untuk menyembunyikan nama individu lain.

Ni adalah kali kedua benda macam ni berlaku tahun ni. Caprice dah cukup penat dan serah semua kepada Allah.

Saya pilih untuk maju kehadapan untuk menjadi lebih baik. Saya tidak pulih sepenuhnya daripada pengalaman yang dilalui tapi InsyaAllah saya akan berada dalam keadaan yang baik dari segi mental dan fizikal.

‘Minta maaf guys…’

Sumber : capriceofficial

SKIP THIS AD ×