Nama penyanyi rap terkenal, Caprice menjadi perbualan hangat netizen sejak Julai lalu selepas misi kemanusiaannya menemui jalan buntu. Namun, baru-baru ini Caprice telah membuat satu laporan polis berhubung sesetengah individu yang berasakan diri mereka mempunyai ‘cable’ yang kuat.
Artikel berkaitan : Disebabkan Kontroversi & Fitnah, Caprice Tanggung Kerugian Hampir 1 Juta & Hilang Tiga Pekerja
Artikel berkaitan : ‘Kita Pernah Warning, Jangan Main-Main Di Tanah Suci.. Benda Akan Makan Tuan’ – Caprice Sedia Dedah ‘Predator’
Artikel berkaitan : Terima Lebih 60 Ugutan Termasuk Bunuh, Caprice Bagi Dua Pilihan Cara Nak Selesai – ‘Undang-Undang Atau Dalam Gelanggang’
Caprice buat laporan polis
Menerusi posting yang dimuat naik olehnya, Caprice baru sahaja selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pada malam semalam.
Bismillah. Saya akan berjumpa dengan anda bila tiba waktunya. Saya memberi kepercayaan penuh pada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menegakkan undang-undang, tegas, adil dan berhemah. Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Di Instastory, pemilik nama Ariz Ramli pada mulanya enggan membuat laporan polis kerana mahu fokus kepada perniagaan serta kehidupannya. Namun, dia terpaksa melakukannya kerana terdapat sesetengah individu berasa lebih hebat daripada undang-undang di Malaysia.
Akhirnya, saya dah balik rumah pada pukul 1.00 pagi. Jujur saya tak nak buat laporan polis. Lebih baik saya fokus pada usaha dan energi dalam kehidupan dan perniagaan saya.
Tetapi, sesetengah individu di luar sana mereka merasakan ‘cable’, pangkat mereka terlampau kuat dan tinggi. Mereka rasa lagi hebat daripada undang-undang.
Ujarnya lagi, dia mempunyai impiannya tersendiri dan ingin berkhidmat untuk tanah air. Dalam pada itu, platun lagu ‘Lenglui’ ini juga memaklumkan bahawa dia telah berjuang memperbaiki kekurangan dalam ummah sejak tujuh tahun yang lalu.
Biar saya ingatkan awak yang keluarga saya semua kakitangan kerajaan. Saya tahu saya budak jahat (bad boy), saya tak berpura-puara atau ‘acah’ tapi saya ada impian saya sendiri untuk keluarga saya InsyaAllah berkhidmat untuk negara saya.
Sejak tujuh tahun yang lalu, saya berjuang untuk memperbaiki kekurangan dalam ummah.
Di Instastory :
Sumber : capriceofficial