
Personaliti media sosial, Caprice sekali lagi membuat pendedahan mengejutkan mengenai seorang penyanyi lagu tradisional yang didakwa telah melakukan perbuatan amang seksual terhadap seorang pelakon cilik sedang meningkat naik.
Artikel Berkaitan: Caprice Dedah CEO Batu Hantar Gambar Tak Senonoh Kepada Remaja, Merayu Jangan Buat Laporan Polis? – ’Sujud Pun Saya Sanggup, Saya Ada Orang Tua Untuk Bagi Nafkah’
Ibu tampil mengadu

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Caprice berkongsi tangkap layar hantaran mesej yang dibuat ibu kepada pelakon cilik berkenaan.
Ujar ibu kepada pelakon itu, lelaki berkenaan pada awalnya mahu menjadikan anaknya sebagai anak angkat kerana tidak mempunyai anak lelaki.
Walau bagaimanapun, wanita berkenaan mula tergerak untuk meneliti perbualan WhatsApp antara anaknya dan lelaki tersebut selepas melihat perubahan sikap yang ditunjukkan anaknya.
Anak saya ini berlakon jadi lelaki itu telefon saya untuk tawarkan kerja berlakon di teater dia.
Selepas berlakon, lelaki itu dan isterinya berjumpa saya nak jadikan anak saya ini anak angkat kerana tiada anak lelaki.
Dia ada bawa anak saya keluar berkali-kali dan belikan macam-macam yang mahal juga tapi lama-lama nampak anak saya makin tak hormat mak ayah dia.
Masa itulah saya terdetik ‘check’ WhatsApp anak saya dengan lelaki itu, terkejut baca.
Siap cium hujung bibir?

Menerusi perkongsian yang sama, Caprice turut memuat naik beberapa tangkap layar memaparkan perbualan WhatsApp antara pelakon cilik itu dengan lelaki tersebut.
‘Kami akan dibuang kerja’

Saya harap jasa baik awak tarik laporan polis.
Memang akan bersangkut paut dengan kerja malah kami boleh dibuang kerja sebab penjawat awam.
Salah atau betul belakang kira, yang pasti kena buang kerja atau masuk lokap.
Sementara itu, Caprice turut memuat naik beberapa tangkap layar memaparkan perbualan WhatsApp isteri kepada lelaki berkenaan yang didakwa meminta ibu kepada pelakon cilik itu untuk menarik laporan polis yang dibuat.
Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh lelaki tersebut berhubung dakwaan ini.
Sumber: IG Caprice






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
