berita

Cara Batalkan Pengeluaran i-Lestari KWSP RM500 Sebulan

September 7th, 2020 | by Amat
Kewangan & Pelaburan

Tidak dinafikan ramai antara kita yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dari segi ekonomi. Sehubungan itu, kerajaan telah melaksanakan Pengeluaran i-Lestari KWSP yang berkuatkuasa sejak 1 April 2020 lalu. Pemohon dapat mengeluarkan sebanyak RM500.00 sebulan dari Akaun 2 bagi membantu ekonomi individu yang terjejas.

Buat makluman, mana-mana individu yang telah memohon Pengeluaran i-Lestari ini, anda masih mendapat RM500.00 yang dikreditkan ke akaun bank secara automatik. Pengeluaran tersebut akan berterusan selama setahun iaitu bulan Mac 2021. Jadi, jika anda ingin membatalkan pengeluaran tersebut, boleh ikuti langkah seperti berikut.

Pembatalan pengeluaran i-Lestari

Buat ahli yang ingin membatalkan pengeluaran i-Lestari sebanyak RM500.00 sebulan itu, boleh layari laman sesawang kwsp.gov.my. Isi maklumat penuh seperti nombor kad pengenalan, nomber telefon, jenis bank dan akaun dimohon sebulan. Setelah mengisi maklumat tersebut, anda perlu menekan SEMAK untuk proses pengesahan.

Bayaran bulanan akan berhenti setelah permohonan diluluskan. Anda juga boleh membuat pembatalan di kaunter KWSP yang terdekat sekiranya kaedah bayaran semasa adalah ARAHAN BAYARAN.

Permohonan baharu i-Lestari

Buat anda yang berhasrat dan baru sahaja ingin memohon pengeluaran i-Lestari ini, boleh memohon secara atas talian di laman sesawang ilestari.kwsp.gov.my. Isikan maklumat peribadi pemohon di laman sesawang tersebut kemudian klik HANTAR.

Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan benar sebelum dihantar ke KWSP. Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh 2 hari selepas permohonan dibuat ahli.

Semak status permohonan

Pemohon boleh menyemak status permohonan di laman ilestari.kwsp.gov.my selepas dua hari. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit anda. Setelah lulus permohonan, anda akan mendapat sebanyak RM500.00 ke akaun yang telah didaftarkan secara automatik.

Pengeluaran i-Lestari ini adalah untuk membantu individu meneruskan kelangsungan hidup yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Jika tidak perlu, anda dinasihatkan untuk simpan wang tersebut bagi jaminan masa depan.

Pelaksanaan pengeluaran i-Lestari KWSP ini berlanjutan sehingga Mac 2021. Sekiranya, anda ingin bertanyakan maklumat lanjut mengenai pembatalan atau pengeluaran i-Lestari, boleh terus hubungi nomber hotline KWSP di talian 03-89226000.

SKIP THIS AD ×