berita

Cara Daftar Vaksin Secara Online Tanpa Guna Aplikasi MySejahtera, Boleh Buatkan Untuk Ibu Bapa Di Kampung

March 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar Gambar Hiasan

Umumnya, mengetahui suntikan vaksin Covid-19 sudah mula diagihkan kepada mereka yang tergolong dalam fasa satu yang melibatkan petugas barisan hadapan (frontliners). Manakala, fasa kedua dan fasa ketiga akan diberikan secara berperingkat menerusi jadual yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, penerima vaksin perlu mendaftarkan diri mereka menerusi aplikasi MySejahtera bermula 23 Februari yang lalu.

Artikel Berkaitan: Akan Diagihkan Secara Berperingkat, Ini Golongan Yang Layak Terima Vaksin Seawal Mac

Artikel Berkaitan: Covid-19 Diramal Berlarutan Selama 7 Tahun Sehingga 2028

Artikel Berkaitan: Cara Daftar Vaksin Covid-19 Di Aplikasi MySejahtera

Namun, timbul kegusaran dalam kalangan golongan emas terutamanya, yang tidak mempunyai akses terhadap aplikasi MySejahtera bagi melayakkan diri mereka bagi menerima vaksin.

Walau bagaimanapun, mereka yang tidak mempunyai aplikasi tersebut masih mempunyai akses untuk mendapatkan vaksin dengan hanya perlu mendaftarkan diri menerusi portal vaksin Covid-19 yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.

Hanya isi maklumat diri

Foto: Tangkap layar portal pendaftaran vaksin Covid-19

Menerusi laman web tersebut, pengguna hanya perlu mengisi maklumat diri seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, e-mel, dan beberapa soalan perakuan tentang sejarah kesihatan lampau.

Portal tersebut boleh diakses oleh orang awam menerusi laman web vaksin Covid-19. Bukan itu sahaja, bagi anda yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan boleh terus mengajukan masalah anda menerusi platfom yang tertera.

Terdahulu, YB Khairy Jamaluddin, telah dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, bagi menyelaras program pemberian vaksin ini kepada orang ramai.

Terdapat tiga fasa yang melibatkan tiga kategori yang berbeza, bermula dengan petugas barisan hadapan, diikuti golongan yang berisiko tinggi, dan akhir sekali individu yang berusia 18 tahun ke atas.

Sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19 #KitaJagaKita #PatuhSOP #HapusCovid19.

Sumber: Vaksin Covid-19

SKIP THIS AD ×