Zaman sekarang ini, kalau kreatif dan rajin korang sebenarnya boleh menghasilkan pelbagai peralatan rumah dengan hanya menggunakan barangan terpakai. Sebagai contoh, korang boleh menghasilkan katil dengan menggunakan kayu pallet dengan kos yang rendah.
Terbaru, dengan hanya bermodalkan RM18, wanita ini mampu menghasilkan ampaian sejadah dan tuala untuk kegunakan di bilik tidur. Menurutnya, bahan yang digunakan hanyalah pvc paip yang boleh diperolehi di kebanyakan kedai perkakas dan ECO. Wow jimat!
DIY ampai guna PVC
Assalammualaikum.. Haritu saya ada share saya buat ampai tuala dan sejadah guna pvc ada yang bertanya ukuran yang saya guna dan step.
So harini saya share ya cara saya buat. Ni saya buat sendiri sebab bila saya bagitau suami saya macam mana nak buat guna barang pvc ni dia tak faham. So dari sebelum jadi gaduh saya buat je sendiri. Lagipun tak susah senang je bagi saya. Dari gaduh tak dapat apa.
Cara-cara
Hasilnya
Ampai ni kalau dekat kedai yang dah siap dalam RM25 dan ke atas. Kalau kita buat sendiri guna pvc 1 ampai RM18 modal saya buat 2 untuk bilik anak saya baru RM30.60. Jimat banyakkan senang kalau beli dekat kedai 1 harga boleh dapat 2 ampai. Betul tak?? hihi
Ampai tu saya ikut saiz sejadah dan tuala kalau u all nak panjangkan lagi saiz ampai boleh je. Pada cara masing-masing.
Selamat mencuba
Sumber : Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY