berita

Cara Berkesan Bersihkan Bontot Kuali Agar Kelihatan Baru, RM5 Je!

January 24th, 2019 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

Perkakas dapur seperti periuk dan kuali kebiasaannya akan meninggalkan kesan hitam apabila kerap digunakan. Kesan tersebut diakui sukar dihilangkan jika tidak dibersihkan dengan segera.

Selain menggunakan sabun cuci pinggan dan bahan semulajadi, anda juga boleh sental menggunakan sabun cap Buruh. Hanya RM5, periuk dan kualiti anda akan kembali kelihatan baru.

Cara bersihkan bontot kuali

Siapa still suka guna kuali macam ni?

Tapi yang selalu jadi masalah bontot kuali tu always hitam berkerak kadang-kadang bila my mom datang rumah habis kena bebel, dia memang cukup pantang kalau bontot kuali hitam berkerak gini pemalas katanya.

Guna sabun Buruh, RM5 je

Nak sental bagi berkilat not an easy task ye, mau sado lengan menyental. Now no more i guna sabun buruh sental manja-manja je terus berkilat bontot kuali i.

So mak-mak yang nak tengok kuali-kuali kesayangan u berkilat-kilat pergi beli sabun buruh ni, dalam RM5 lebih macam tu je tak silap ada 10 buku, berbaloi-baloi!

Sagat & lumur

Sagat and lumur kat bontot kuali yang berkerak tu, biar dalam 5 minit and sental la.. Tak payah sental kuat-kuat pon kerak-kerak tu akan jatuh, jimat masa jimat tenaga jimat duit!

Dah berkilat!

Ni kalau mak nak datang rumah spot check kuali pon tak ada hal, kuali ceq dah berkilat-kilat.

Sumber : Fara Amirullah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×