berita

Cara Jimat Bil TNB RM20 Dengan Boost eWallet, #KasiSemuaSettle La!

November 26th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Bil elektrik rumah kita bulan ni dah bayar ke belum?

Bagi kebanyakan orang, membayar bil TNB tiap bulan merupakan perkara biasa yang wajib dibuat untuk memastikan bekalan tenaga elektrik di rumah sentiasa ada. Tapi bila sampai bab nak kena check bil elektrik setiap bulan, lecehnya!

Kalau orang dulu-dulu, mereka keluar rumah semata-mata untuk bayar bil TNB di pusat perkhidmatan tertentu. Sekarang tak perlu lagi. Dengan smartphone dan internet, bil elektrik korang pastinya mudah diselesaikan. Lagi-lagi kalau guna Boost eWallet!

Bayar bil TNB sebenarnya lebih mudah dengan Boost eWallet!


Korang dah pernah guna Boost eWallet? Aplikasi ni tengah popular sekarang dengan kelebihannya yang memudahkan pengguna untuk buat pembayaran tanpa tunai.

Maklum la pembayaran tanpa tunai dah menjadi trend sekarang. Dengan Boost eWallet, segala urusan korang untuk buat pembayaran dapat dijalankan dengan cepat dan selamat. Memang berguna la aplikasi ni dalam kehidupan kita.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya lagi senang bayar bil TNB dengan Boost eWallet! Meh kami bagitahu kenapa..

Ada fungsi ViewBills, MultiBills & AutoBills untuk tolong #KasiSemuaSettle bil korang!

Nak pastikan bil TNB dibayar setiap bulan secara manual memang leceh. Tapi dengan Boost eWallet, korang dah boleh hembus nafas lega kot. Mana taknya, bil yang berlambak boleh #KasiSemuaSettle dengannya!

Paling best pasal Boost eWallet ni, ada fungsi ViewBills yang memudahkan. Korang boleh tengok baki bil tertunggak dan tarikh akhir bil terus. Tak payah cari resit asal atau tengok secara online lagi dah.

Selain ViewBills, ada fungsi MultiBills jugak. Kalau korang nak bayar semua bil sekaligus pun tak ada masalah. Jimat masa gitu.

Lagi best and senang, korang boleh check je bil TNB korang setiap bulan direct dari Boost je. Tak payah la check email dan tunggu surat bil semua.

Kalau korang tak nak fikir sangat pasal bil, boleh je set supaya Boost ni bayarkan bil untuk korang setiap bulan secara automatik melalui fungsi AutoBills. Boost akan check live balance korang dan terus bayar. Tak payah pening kepala. Rewards dapat, berehat pun dapat.

VIEWBILLS

MULTIBILLS

AUTOBILLS

Banyak promosi istimewa untuk korang yang gunakan Boost eWallet

Boost pun tak ketinggalan untuk tawarkan promosi hebat yang mereka ada. Memang syok la. Jom kita tengok apa yang mereka tawarkan kali ni..

Bayar bil TNB dengan Boost eWallet, boleh nikmati ganjaran sehingga RM20!

Dengar ni! Pada korang yang nak bayar bil TNB, kami rekomen korang untuk bayar guna Boost eWallet. Selain mudah, ada promosi hebat wei. Korang boleh nikmati ganjaran hebat sehingga RM20 tau. Bukan senang nak dapat! Ini la cara unik untuk jimat bil elektrik korang!

Mai kami explain macam mana nak dapat RM20 tu: Bagi korang yang bayar bil TNB dengan Boost eWallet, korang boleh nikmati pulangan tunai sebanyak RM10 (RM5 dalam bulan pertama, RM5 dalam bulan kedua).

Tambahan lagi, kalau korang baru kali pertama daftar dengan Boost, korang jugak akan dapat diskaun segera RM10 tambahan melalui Welcome Pack. Untung la korang!

Banyak jugak kelebihan gunakan Boost ni sebenarnya. Lepas ni boleh la korang bayar bil TNB dengan Boost eWallet je. Ajak keluarga dan kawan-kawan korang guna Boost jugak tau. Senang la nanti.

Untuk info lebih lanjut tentang Boost, klik SINI.

Korang boleh klik link ni untuk muat turun aplikasi Boost. Sila enjoy!

SKIP THIS AD ×